Translate

Sunday, October 16, 2011

Simen atau konkrit?

Kemasan lantai emej penataan 

KESELESAAN kaki kala memijak lantai menandakan kemasan dipilih memberi keselesaan dan selamat misalnya tidak mudah tergelincir sekali gus memberi membolehkan anda menikmati keindahan ruang kediaman.

Selain itu, permukaan lantai turut membentuk identiti dan gaya bagi memenuhi konsep, keperluan dan nilai praktikal kediaman impian, Ia bukan sekadar latar ruang bahkan memberi kepuasan dari segi tarikan estetika serta ketahanan. Ada pelbagai pilihan bahan kemasan mengikut kesesuaian konsep reka bentuk dalaman, seni bina serta aktiviti dijalankan. Misalnya, bagi lantai bilik air yang sentiasa basah, pilihan bahan wajib jenis tidak meresap air dan permukaannya tidak licin.
Pilihan jenis bahan serta kemasan sebaiknya dipastikan berkualiti. Antara kriteria pemilihan termasuk tahan lasak khasnya membabitkan ruang sering digunakan, kos penggunaan bahan, pemasangan dan penyelenggaraan membabitkan tenaga, masa, perbelanjaan menawarkan nilai estetika dan praktikal terutama dari aspek seni bina. Selain itu, kawalan penyerapan kesan bunyi dan akustik, kemampuan mengasing dan menyerap cahaya sekali gus memberikan kesan menarik di ruang serta memenuhi kod kawalan kebakaran dan keselamatan ditetapkan. 

Kemasan simen dan konkrit 

Ia meliputi simen pasir, simen berbatu dan simen bertekstur. Ciri-ciri kemasan ini mengambil kira jumlah batuan serta pasir dihasilkan. Sama ada batuan lembut, kecil atau berpasir yang disusun pada permukaan konkrit basah, kemasannya nampak lebih menyerlah. Sebahagian konkrit ini tidak disiram air bagi menonjolkan kuantiti batunya sekali gus membuatkannya dikenali sebagai batu kecil atau batuan konkrit. 

Bagi aplikasinya, ia lazimnya mengalami proses penurapan pada bahagian dalaman dan luaran, tidak kira ia lantai kediaman atau bukan kediaman. Ia amat praktikal menahan geseran dan tidak licin menyebabkannya ditonjolkan sebagai permukaan tangga dan lantai luar seperti kolam renang dan tempat meletak kereta. 
Kelebihan 

* Mudah diselenggara kerana gunakan bahan berpatutan harganya. 

* Boleh digabungkan dengan kemasan lain membentuk corak lantai menarik khasnya diadun bentuk susunan batu. 

* Kemasan simen jenis pasir halus amat sesuai untuk ruang dalam berbanding kemasan berbatu yang menyakitkan ketika dipijak. 

* Bagi jenis kasar, ia elok dijadikan lantai luar khasnya yang menawarkan ciri tahan geseran. 

* Simen menampilkan jalinan tekstur sangat popular bagi ruang berkonsepkan Meditterranean, ala Mexico atau Amerika Latin. 

Kelebihan kemasan keras 

Bahan kemasan keras seperti lantai simen, konkrit dan lain-lain kemasan misalnya batu, jubin, dan kayu turut mempunyai kelebihan masing-masing. 
Antaranya: 

* Kekuatan dan tahan lama. 

* Tidak menyerap selain kedap haba panas serta hujan. 

* Mudah diselenggara dan dibersihkan. 

* Kekal imej klasik yang mampu bertahan lama. 

* Bergaya dan sesuai bagi kegunaan formal dan tidak formal. 

* Strukturnya mempunyai unsur dekorasi, tekstur sekali gus menyediakan kesan reka bentuk dalaman menarik. 

* Berupaya menyajikan struktur binaan sebagai kemasan lantai terbaik. 

Kekurangannya 

* Kos tinggi khasnya yang berkualiti dan tahan lama. Ini turut membabitkan pemasangan lantai sokongan. 

* Berciri tegar sekali gus mendatangkan bahaya bagi objek sekiranya jatuh di atas permukaannya. 

* Penggunaan bahan keras mendatangkan kesan bunyi bising. 

* Sejuk - keupayaan menyerap haba sejuk dengan mudah namun akan panas apabila disinari cahaya matahari.

No comments:

Post a Comment