Dalam projek pembinaan, selain pengurus projek atau pengarah urusan, syarikat pembinaan akan mengambil seorang atau dua orang penyelia tapak bagi mengawal selia projek mereka. Bilangan penyelia bergantung kepada saiz atau skop kerja sesuatu projek. Penyelia projek ialah nadi kepada suatu projek binaan. Peranan mereka amat perlu dalam melancarkan perjalanan suatu projek.
Antara tugas utama penyelia tapak ialah:
1. Merekod, mencatat aktiviti projek setiap hari dalam site diary
2. Mengatur kerja tukang atau pekerja binaan
3. Mengawal selia kerja di tapak
4. Mengawal dan menyemak mutu kerja
5. Mengawasi kerja dari segi kaedah binaan, cara pemasangan, kemasan
6. Penerimaan barang di tapak dan mengatur penyimpanan serta rekod, ia juga akan bekerjasama dengan kerani tapak
7. Melapor progress kerja kepada pengurus. Ia akan merekod peratus %, kuantiti kerja, membuat ukuran sub con dan memberi maklumat kepada pengurus projek.
Itu merupakan sebahagian dari tugas penyelia tapak.
Kepada yang berminat dengan bidang pembinaan, mereka boleh minta kerja dengan kontraktor, perunding projek, pemaju perumahan dan sebagainya. Kelulusan minima ialah sijil kejuruteraan awam, sijil QS, sijil binaan dari IKM, politeknik, akademi binaan dan kolej swasta yang di sahkan.
Kalau saya jadi majikan saya cari yang pengalaman, nak cari pengalaman kena mula dari bawah, biar gaji rendah, tapi pengalaman lebih mahal, minta kerja jangan fikir gaji, fikir aku nak ccari pengalaman