Translate

Tuesday, October 18, 2011

Tiga binaan nan indah


IDEA SENI...rekaan moden Chiesa di Dio Padre Misericordioso.
MENILAI kehebatan seni bina moden di Itali memerlukan sedikit perincian berikutan tahap perkembangannya yang turut melewati binaan terdahulu.
Kesinambungan antara seni bina terawal dan terbaru memperlihatkan gabungan idea yang saling mempertahankan keindahan rekaan tanpa batasan.

Kini terdapat beberapa binaan yang mengenengahkan pelbagai idea dari permukaan garisan melengkung garisan, gagah berdiri dan tampil dengan kemasan terbaik.




Chiesa di Dio Padre Misericordioso

PEREKANYA Richard Meier dan disiapkan pada 2003. Terletak di kawasan kediaman berhampiran Tor Tre teste di pinggir pusat Rom.

Ia memperlihatkan idea baru yang segar apabila binaannya turut membabitkan tumpuan pada tiga bahagian luaran dinding separuh bulat bagaikan layar besar.

Malah, binaannya turut menggabungkan gaya tradisional Meier dengan rangkaian seni bina mudah dan banyak kombinasi putih diketengahkan.

Gaya berkenaan juga melatari bahagian dalamannya dengan sistem pencahayaan semula jadi sempurna menerusi kehadiran tingkap besar membuatkan segenap ruang tampak luas.


Maison de la Lumiere

KEDIAMAN persendirian di Bologna ini menampilkan hasil kerja arkitek Duilio Damilano.

Memberi keutamaan pada aspek kebersihan, hiasan dalaman yang unik di luar penataan biasa pernah diperlihatkan.

Menerusi ciri-ciri seperti jendela tergantung dan bilik besar dengan dinding dibina tiang yang dipisahkan lantai yang luas, siling, struktur mempamerkan kedua-duanya kontemporari dan ruang yang mempunyai kesinambungan tersendiri.

Hakikatnya keseluruhan Itali dipenuhi gaya seni bina Mediterranean yang unik dan menarik.

Ia antara rekaan kontemporari hebat sedikit lari daripada gaya Itali stereotaip yang anda lihat sebelum ini.

Menerusi ruang terbuka yang menakjubkan, binaan kolam renang kristal biru dan penampilan perabot moden dan mewah.


Auditorium Parco della Musica

DIREKA Renzo Piano, antara arkitek terkenal di Itali dengan mempamerkan hasil idea dinding arked bersama aliran organik.

Ia juga menempatkan kompleks muzik tiga dewan dan amphiteater luar yang siap pada 2002 di utara Rom.

Tapak asalnya dibangunkan untuk Sukan Olimpik 1960 itu cukup besar ruang bagi membenarkan pembinaan seterusnya.

Malah, tiga dewan muzik itu dibina berbeza dari segi saiz sementara Santa Cecilia Hall boleh digunakan untuk konsert simfoni orkestra.

Dewan Sinopoli pula tampil fleksibiliti akustik yang lebih besar, lebih sesuai untuk pelbagai genre muzik.

Ini kerana kedudukan orkestra boleh diubah suai kepada penonton.

Hall Petrassi memenuhi genre muzik yang lebih kontemporari, persembahan teater dan pawagam.

Binaan yang unik itu membolehkan kedua-dua sumber muzik dan penonton digabungkan dengan persekitaran dan gema bunyi sempurna.

No comments:

Post a Comment