Translate

Showing posts with label Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Show all posts

Monday, September 10, 2012

Projek Rumah Mesra Rakyat fokus utama SPNB tahun ini



Projek Rumah Mesra Rakyat fokus utama SPNB tahun ini. POH 25 Feb. — Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berjaya menyempurnakan pembinaan 1,007 unit rumah pada akhir bulan lalu daripada 10,000 unit rumah yang disasarkan tahun ini menerusi Projek Rumah Mesra Rakyat di bawah kaedah Sistem Binaan Industri (IBS).
Pengarah Urusannya, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata daripada 1,007 unit rumah mesra rakyat yang telah disempurnakan itu, kebanyakannya dibina di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.
"Projek Rumah Mesra Rakyat dengan 10,000 unit rumah dengan mengggunakan kaedah IBS merupakan fokus utama SPNB tahun ini dengan kos sebanyak RM650 juta,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa program komuniti SPNB bersama mangsa banjir di Kampung Manjoi di sini hari ini.
Rumah-rumah di bawah projek ini adalah bernilai RM65,000 dengan subsidi oleh kerajaan sebanyak RM20,000 manakala RM45,000 melalui pembiayaan Islam, katanya. — BERNAMA

Cara memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia


Cara memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

Cara memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia
Cara memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia, perlu ada syarat-syarat di bawah, sila lihat syarat pemohonan Rumah Mesra Rakyat 1malaysia. Permohan boleh di buat melalui Jabatan Rumah Mesra Rakyat. 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RMR

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
  3. Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  4. Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  5. Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  6. Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat
di talian 1-300-80-3838 atau 03-26185555. atau melalui spnb.