Cara Mudah Untuk Kontraktor Membuat Kiraan Bumbung Zink
.
Ramai kontraktor yang ambik masa lama untuk buat kiraan bumbung metal deck ni. Sebenarnya, senang je nak kira
.
Standard lebar metal deck ni ialah 2.5 kaki . Memang standard , yang berubah hanya lah panjang metal deck tu.
Jadi , kontraktor boleh mintak iConstruct untuk custom berapa panjang dia nak untuk metal deck tu
.
.
Ok, Jom kita buat kiraan bumbung metal deck….
Macam mana nak kira bilangan kaki yang nak pakai ?
.
1) Keluasan bumbung / 2.5
Contohnya, keluasan bumbung ialah 4000 sqft, bahagi dengan 2.5
4000sqft / 2.5ft = 1600ft
Jadi, kesuluruhan panjang kaki yang perlu dipakai ialah 1600 kaki. Senang je kan ?
.
2) Ukuran setiap keping metal deck
Ok , sekarang anda kena kira berapa panjang yang diperlukan untuk sekeping .
Ukuran ni kena ikut ukuran dekat site , jadi kontraktor sendiri kena ukur dekat site berapa panjang diperlukan
.
Contohnya:
25 kaki – 12 keping
14 kaki – 18 keping
12 kaki – 23 keping
6 kaki – 9 keping
.
Jadinya jika jumlah kaki yang diperlukan ialah 1600 kaki , jika kos metal deck sekaki ialah RM 3.00
Kos untuk pembelian metal deck ialah 1600 x RM 3 = RM 4,800
.
Mudah je kan ?
.
No comments:
Post a Comment