Translate

Monday, September 10, 2012

Tugas Penyelia Tapak - Site Supervisor

Dalam projek pembinaan, selain pengurus projek atau pengarah urusan, syarikat pembinaan akan mengambil seorang atau dua orang penyelia tapak bagi mengawal selia projek mereka. Bilangan penyelia bergantung kepada saiz atau skop kerja sesuatu projek. Penyelia projek ialah nadi kepada suatu projek binaan. Peranan mereka amat perlu dalam melancarkan perjalanan suatu projek.

Antara tugas utama penyelia tapak ialah:

1. Merekod, mencatat aktiviti projek setiap hari dalam site diary
2. Mengatur kerja tukang atau pekerja binaan
3. Mengawal selia kerja di tapak
4. Mengawal dan menyemak mutu kerja
5. Mengawasi kerja dari segi kaedah binaan, cara pemasangan, kemasan
6. Penerimaan barang di tapak dan mengatur penyimpanan serta rekod, ia juga akan bekerjasama dengan kerani tapak
7. Melapor progress kerja kepada pengurus. Ia akan merekod peratus %, kuantiti kerja, membuat ukuran sub con dan memberi maklumat kepada pengurus projek.

Itu merupakan sebahagian dari tugas penyelia tapak.

Kepada yang berminat dengan bidang pembinaan, mereka boleh minta kerja dengan kontraktor, perunding projek, pemaju perumahan dan sebagainya. Kelulusan minima ialah sijil kejuruteraan awam, sijil QS, sijil binaan dari IKM, politeknik, akademi binaan dan kolej swasta yang di sahkan.

Kalau saya jadi majikan saya cari yang pengalaman, nak cari pengalaman kena mula dari bawah, biar gaji rendah, tapi pengalaman lebih mahal, minta kerja jangan fikir gaji, fikir aku nak ccari pengalaman

15 comments:

  1. Tepat sekali. sangat tepat.. Terima Kasih atas nasihat yang diberi..

    ReplyDelete
  2. sy dr politeknik klulusan kejuruteraan awam. sy bminat utk mnceburi dlm bidang pembinaan.. sy prnah hdir temuduga tp xprnah dpt sbb sy xde pgalaman.. bgaimana sy nk dpt pgalaman dlm pnyelia tapak kalau sy xprnah dpt pluang utk bkrja dlm pnbinaan ?

    ReplyDelete
  3. sy dr politeknik klulusan kejuruteraan awam. sy bminat utk mnceburi dlm bidang pembinaan.. sy prnah hdir temuduga tp xprnah dpt sbb sy xde pgalaman.. bgaimana sy nk dpt pgalaman dlm pnyelia tapak kalau sy xprnah dpt pluang utk bkrja dlm pnbinaan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum. Boleh tak share pengalaman interview? Untuk jawatan site supervisor.

      Delete
    2. i feel ur bro, sama mcm aq..tpi klo da dapat tu mmang kena tahan maki la...dari makian tu kita dpt bnyak blaja

      Delete
    3. Time nk claim...kalu dukument x lengkap, main kautim2 itulah ubat nya.setiap progress kena Ada report..kalu report berterabur, time tu baru nk Cari, lagi2 berkaitan dgn cost, haha tunguu...

      Delete
    4. BETUL apa yg tuan cakap tu, 'minta kerja jangan fikir gaji dulu,tapi fikir aku nak cari pngalaman' sy ni org yg tak ada pelajaran tinggi skolah pun ala kadar..tapi sy beruntung dapat kerja kat site, masa mula² tu sy betul² zero�� pngalaman sy ttg binaan ni cuma kampung² ��.. dalam kita mencari pengalaman ni bukan senang, kena rendah kan diri,jangan bodoh sombong,apa yg kita xtahu biar kita betanya,sabar tu paling penting..mental kena kuat.. kena dalami ilmu kepimpinan untuk berhadapan dgn org skeliling, bagi sy'jangan kita memandang siapa yg berbicara,Ttapi Lihat lah apa yg dia ucap kan��

      Delete
  4. Kt akn jumpa mcm2 org dkt site.ingt bt kje klau bt silap skit mmg hbs,tambah2 klau CIna.
    Phm2 ler

    ReplyDelete
  5. Kerja dalam industry binaan Memang mencabar, Saya dah 23 tahun dalam bidang ni, selain dari kerja yang mencabar Kena balik malam atau pagi, permainan politik dalam syarikat tu sendiri adalah cabaran, lebih sedih Bila Kena permainan diskriminasi kaum, maklum saja la industri ni dikuasai Bangsa apa, semua pun tahu tu, so berhati2lah agar kita tak jadi mangsa

    ReplyDelete
  6. Sy mula dri bwah jr supervisor..hati kena kering cabaran perkauman mmg ada tpi buat bodo je.jnji dpt pengalaman.

    ReplyDelete
  7. Aku sekarang keja Ni, record Dan report kena cun bro, pastu jgn suka taburr janji ya.biar keja Kita susah tapi x de masalah..aragement biar betul, pling kena jaga Masa close deal dgn sub con Ni, ducument kena lengkap jgn main bedal ikut costing , kalu tidak maki la jawab nya . Nasihat Aku...tu shja. Keja Ni freelance je, xde nk punchuality pun xpe janji time nk calim cun..report lengkap ,dukument pun lengkap,Bab sub con tu kena pandai main, dorng mcam2 ya..kalu x hanyutt. ..ok

    ReplyDelete
  8. pihak berkuasa yang terlibat dalam melakukan pemeriksaan kerja kemasan akhir pada bangunan?/

    ReplyDelete
  9. Sampaikanlah walau Pon sepotong ayat it's always the best person in humanity

    ReplyDelete