Translate

Wednesday, December 28, 2011

hakisan ombak ketika air laut pasang

SEBUAH kenderaan melalui sebatang jalan di Teluk Lipat yang runtuh akibat hakisan ombak ketika air laut pasang ketika tinjauan di pantai peranginan Teluk Lipat, Dungun, hari ini. - Foto BERNAMA
Dec 28, 2011 3:46 pm

TAMBAK pantai elak hakisan makin teruk. - Sebahagian pekerja menambak Pantai Tok Jembal

TAMBAK pantai elak hakisan makin teruk. - Sebahagian pekerja menambak Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu, yang mengalami hakisan teruk walaupun keadaan ombak besar dan cuaca yang tidak menentu. Fenomena laut bergelora dan ombak besar ketika musim tengkujuh ini telah menyebabkan hakisan teruk di sepanjang pantai ini sejak beberapa minggu lalu. Sementara itu, orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri pantai sehingga Mac depan. - Foto Rozainah Zakaria

Monday, December 26, 2011

Gaya futuristik

  • Foto
  • Foto
  • Foto
  • Foto
Pereka dalaman gabung elemen masa depan, terjemahan alam pada kediaman yang dijadikan rumah contoh

"KADANGKALA demi meyakinkan pelanggan, saya perlu menjadikan kediaman sendiri sebagai rumah contoh.

“Namun, ia bukan satu bebanan kerana secara peribadi, saya suka mencari kelainan daripada yang ditawarkan di pasaran. Saya lihat, konsep futuristik mampu menarik perhatian orang,” begitu jawapan kontraktor serta pereka dalaman MAG Builders Sdn Bhd, Muhsin Abdul Ghani, 38, ketika diaju pertanyaan mengenai konsep hiasan dalaman yang dipraktikkannya.Namun, berbanding gaya futuristik biasa, Muhsin memilih metafora alam diwakili gua, sungai dan pokok dalam persembahan ruang. Bayangan gua diterjemah melalui i dinding kemasan kaca di ruang tamu, manakala inspirasi pokok, lembah serta anak sungai diterap pada permukaan siling empat bilik tidur di tingkat atas rumah.

Menyentuh secara terperinci, Muhsin berkata, kemasan cermin motif melengkung pada dinding ruang tamu bersama corak jalur selari hitam-putih di siling lepa kumainya mewakili imej gua. Manakala rak buku berdekatan dibentuk menyerupai pokok serta ranting. 

“Objek yang melengkung itu pintu gua manakala dua garisan lekuk hitam dan putih menterjemah stalaktik dan stalagmit yang biasa ditemui di gua.

“Namun, untuk menampakkan ciri futuristik, bukan warna kelabu gua digunakan sebaliknya hitam dan putih yang diakui lebih menyerlah dalam gambar dibuat latar belakang,” katanya yang lebih suka pengunjung berteka-teki mengenai tema penataannya itu. 
Menambahkan keunikan, semua alang bilik tidur di tingkat atas menitipkan motif akar pokok serta alur sungai yang turut menggunakan warna klasik hitam-putih. Bagaimanapun, pilihan warna itu kata Muhsin, bukan dibuat atas dasar ia rona selamat dan mudah disuai padan dengan sebarang kelengkapan. Sebaliknya, rona itu, katanya, popular sejak era 1970-an lagi.

“Bagi yang masih ingat, era itu menyaksikan banyak inovasi hiasan dalaman manakala hitam-putih menjadi sebahagian daripada proses pembaharuan itu. Saya hanya mempopularkannya kembali tetapi dalam konteks sedikit berlebih-lebihan.

“Saya mengaku, tidak semua orang dapat memahami serta menerima gaya unik ini. Namun, seperti pereka fesyen yang sengaja menampilkan rekaan keterlaluan bagi persembahan pentas peragaan, pereka dalaman juga mempraktikkan kaedah sama dalam menata gaya ruang,” kata bapa kepada tiga cahaya mata; Faiq Muqri, 11, Farhana Mardhiah, 10, dan Fahim Muazzam, enam tahun ini.

Namun, rekaan rak buku dibentuk secara serong mampu mencuri tumpuan. Ternyata ilham luar biasanya itu, berupaya mewujudkan ruang penyimpanan kemas lagi sistematik.

Kata Muhsin, rekaan istimewanya itu bukan saja berupaya mengelak penggunaan penahan buku, bahkan mengizinkan pelbagai saiz bahan bacaan dimuatkan. 

“Dengan setiap kotak penyimpanan direka berbeza saiz, pelbagai jenis bahan bacaan boleh ditempatkan dari majalah, folio hingga novel dan komik. Bagusnya, penahan buku tidak diperlukan untuk memastikan bahan bacaan itu tetap pada kedudukannya,” ujarnya. 

Keunikan ilham futuristik itu berlarutan pula ke pintu sorong kayu yang digunakan bagi mengasingkan ruang tamu dengan ruang dapur, selain ruang tamu dengan tingkat atas rumah.

Selain berupaya menyembunyikan ruang terbabit dari penglihatan umum, matlamat utama pembentukan pintu itu ialah menyediakan ciri keselamatan bagi keluarganya.

“Pintu sorong yang menghubungkan aras atas dengan bawah akan dikunci menjelang malam. Sementara, atas faktor keselamatan, laluan khas yang menyambungkan keempat-empat bilik tidur disediakan dan ia hanya boleh diakses apabila pintu utama dibuka,” katanya yang juga suami kepada Ruzniah Fadhlina Abdul Sattar, 35.

Berikutan rumah itu juga menjadi tempat keluarga berkumpul, Muhsin berasa bertanggungjawab menyediakan ruang dapur luas. Bertemakan moden kontemporari melalui reka bentuk terkini kabinet akrilik dilengkapi kemasan pintu kaca kabut, pengaruh gaya kontemporari itu dikuatkan lagi dengan pilihan warna putih, krom, hitam dan sedikit suntikan warna merah pekat.

Muhsin sekali lagi memecah resmi kediaman biasa apabila tidak menyediakan ruang makan, sebaliknya menjadikan ruang dapur sebagai tempat menjamu selera. 
“Bagi saya, ruang makan hanya membazirkan ruang sedangkan tempat itu hanya berfungsi sekali-sekali. Sebab itu, saya jadikan kabinet berpulau ini sebagai tempat makan dan rasanya lebih praktikal.

“Ini kerana lauk-pauk boleh segera dipanaskan di dapur yang terletak di bahagian kepala kabinet pulau. Supaya dapat duduk selesa, bangku krom tinggi disediakan,” katanya memperuntukkan ruang dapur basah kecil yang boleh menampung dua orang pengguna pada satu masa.

“Ruang dapur basah khusus melakukan tugasan memasak berat dan saya tidak nampak keperluan membesarkannya. Lagipun, selain tempat itu, saya turut menyediakan tiga lagi dapur masak di ruang dapur kering termasuk untuk tujuan barbeku.

“Bagi saya, perencanaan ruang dapur sekarang sangat praktikal kerana mampu mengeratkan hubungan keluarga selain mengurangkan keadaan semak dan kecah,” katanya yang gemar bertanya khabar dan perkembangan anggota keluarganya ketika menyediakan hidangan.

Apapun, Muhsin bersyukur kerana kediaman berkeluasan 95 x 24 kaki persegi itu cukup luas selain memenuhi syarat bagi projek pengubahsuaian pada masa depan. Namun, Muhsin menyimpan hasrat besar membina banglo.

“Ya, saya sedang menuju ke arah itu namun bukanlah dalam masa terdekat ini. Lagipun, saya masih belum puas meneroka gaya hiasan baru di rumah ini dan jika ditakdirkan mengubah penataan lagi, saya tetap mahu menonjolkan sesuatu yang tidak pernah dicuba orang,” katanya menggambarkan keberaniannya dalam melakukan eksperimen dengan hiasan dalaman.

INFO:

  • Gaya penataan moden futuristik melalui permainan warna serta reka ruang unik mengambil ilham alam.

  • Menjadikan replika kenderaan tentera sebagai sebahagian hiasan ruang antaranya model jet pejuang, kereta kebal, trak tentera dan sebagainya.

  • Turut menarik perhatian, koleksi catur edisi terhad, Lord Of The Rings yang dibelinya di United Kingdom sebagai hiasan meja kopi ruang tamu.

  • Banyak mengetengahkan latar warna hitam, putih dan perak yang pernah digilai ketika era 1970-an dulu.
  • Oh Nice! | Ramai orang Islam, mudah cari juadah halal

    • Foto
    • Foto
      Tram melalui kawasan pusat beli-belah yang dihias sempena Krismas.
    • Foto
    • Foto
      Penulis di Eze-village, kampung tradisional antara Nice dan Monte Carlo, Monaco.
    DISEBUT 'Nis', bandar yang terletak di tepi Laut Mediteranean ini layak digelar kota bangsawan berikutan sejak abad ke-18 lagi, ramai golongan kaya menghabiskan musim dingin di lokasi ini. Wartawan BERITA MINGGU, Mohd Feroz Abu Bakar berkunjung ke kota ini sambil meneroka tinggalan sejarah bandar yang pernah ditadbir Itali ini

    Ramai orang Islam, mudah cari juadah halal

    NICE, bandar di tenggara Perancis dan terletak di tepi Laut Mediteranean kurang popular di negara ini berbanding ibu kota cinta, Paris.Namun, bandar itu sebenarnya hanya beberapa kilometer dari Cannes yang dikenali kerana festival filem atau Monte Carlo di Monaco yang dikaitkan dengan kasino dan perlumbaan kereta F1.

    Nice (disebut 'nis') sebenarnya menjadi bandar kepada golongan ternama di seluruh dunia termasuk pelakon Hollywood bercuti, terutama bagi mengelak musim sejuk di hemisfera utara.

    Tidak hairanlah Nice memiliki deretan kedai yang menjual barang berjenama dan mahal seperti di Paris.

    Bahkan, berdasarkan fakta sejarah, Nice suatu ketika dulu pernah berada di bawah pentadbiran Itali kerana kedudukannya yang strategik dari segi maritim. 
    Pelabuhannya yang tenang dengan bekalan makanan yang banyak mengakibatkan bandar itu menjadi rebutan kepada beberapa bangsa Eropah dan ada antara mereka yang bergabung dengan kuasa Islam Arab untuk menawan Nice.

    Bandar Nice sebenarnya menjadi tempat golongan kaya menghabiskan musim dingin sejak abad ke-18 lagi hingga ada tempat dinamakan 'Promenade des Anglais' atau laluan orang Inggeris.

    Penulis mengunjungi bandar berkenaan hasil tajaan Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur bagi meninjau Universite de Nice Sophia Antipolis yang menjadi tempat hampir 200 pelajar negara ini melanjutkan pengajian sejak lapan tahun lalu.

    Makanan halal juga mudah didapati kerana ada ramai penduduk Islam di bandar berkenaan, iaitu keturunan tentera upahan Perancis dari Afrika utara seperti Maghribi dan Algeria.

    Kunjungan ke bandar ini beberapa hari sebelum sambutan Krismas menunjukkan Nice dihiasi lampu pada sebelah malam bagi menghidupkan suasana perayaan.

    Tiada salji di bandar berkenaan kecuali di kawasan pergunungan yang juga menjadi tempat kepada golongan kaya bermain ski.

    Bandar berkenaan kira-kira lima jam perjalanan menggunakan kereta api laju TGV dari Paris dan penerbangan terus dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

    Colombia lancar eskalator gergasi

    EKSKALATOR yang pertama seumpamanya terbina menggantikan lebih daripada 350 tangga konkrit di kawasan penduduk daerah Comuna 13 Medellin, Colombia dirasmikan hari ini. Terdiri daripada enam bahagian dan akan memberi manfaat kepada 12 ribu pengguna tempatan. - Foto AFP


    Colombia lancar eskalator gergasi

     

    BOGOTA (Colombia): Pihak berkuasa ibu kota kedua terbesar Colombia merasmikan eskalator gergasi yang ditempatkan di luar bagi kegunaan penduduk kawasan kejiranan antara wilayah termiskin negara itu, Medellin. 

    Sebelum ini, katanya, lebih 12,000 penduduk kejiranan Comuna 13 terpaksa mendaki ratusan tangga besar yang mana menyamai bangunan 28 tingkat. - AP

    Thursday, December 8, 2011

    Bahaya wayar murah

    Banyak projek perumahan baru guna kabel elektrik tak bermutu

    SHAH ALAM: Pakar elektrik mendedahkan kebanyakan projek perumahan baru menggunakan kabel substandard yang tidak bermutu dan boleh mengancam keselamatan penghuni jika berlaku kebakaran akibat litar pintas.

    Ini kerana kos kabel substandard 100 peratus lebih murah, berbanding yang mematuhi standard sehingga menyebabkan banyak pemaju perumahan mengambil jalan mudah untuk mengaut keuntungan dengan menggunakan bahan itu bagi mengurangkan kos.