Translate

Wednesday, August 27, 2014

Unit Pengukuran

Kerangka Bumbung



TERMINOLOGY CONTRACT (Istilah Kontrak)


COST. PLUS CONTRACT
-Bahan dan peralatan dibekalkan oleh pihak-pihak berkenaan kepada pemborong

DEVELOPER (PEMAJU)
-Membina lebih 10 unit rumah dan perlu mendaftar dengan kementerian perumahan

VARIATION ORDER (VO)
-Arahan-arahan selepas ditandatangani kontrak , selepas projek -projek dilaksanakan , Lukisan hendaklah diadakan disesuatu bahagian.

PRIME COST ITEM (PCI)
-Kerja-kerja pengkhususan (specially) seperti mekanikal dan elekrikal.
-KOntraktor utama hanya mengambil peratus keuntungan dari kerja-kerja 'PCI'

SENARAI BAHAN (QUANTITIES)
-Dokumen yang ada butiran lengkap termasuk jumlah dan kuantiti

EXTRA OVER (EO)
-Tambahan kos pada kerja-kerja yang lebih daripada kerja-kerja biasa yang dibuat pengukuran, contoh: Facing brick tambahan daripada pengukuran 'Comon brick'

SPOT ITEM
-Item yang dimasukkan didalam kos kerja-kerja yang terdapat di Tapak Bina (Site) contoh: Baik pulih dan meroboh

PROVISIONAL QUANTITIES
-Kerja yang dijalankan oleh kontrator dimana kerja-kerja yang lulus diasingkan daripada bil

SCHEDULE OF RATE
-Jadual untuk memudahkan penilaian penambahan dan pengurangan

PRO-RATA RATE
-Kadar harga berpandukan schedule of rate dan kadar harga yang diubah mengikut perubahan kerja.

AN AGREED RATE
-Kadar harga yang dipersetujui

STANDARD METHOD OF MEASUMENT (SMM)
-Pengukuran piawaian sementara untuk membuat kerja senarai bahan

SPESIFICATION (SPESIFIKASI)
-Penentuan quantiti bahan-bahan dan kerja-kerja dibuat

QUOTATION
-Sebut harga untuk kerja-kerja kecil yang kurang daripada RM50,000.00

LUMP-SUM
-Pukul rata- Pemilihan kontraktor berdasarkan senarai jenis-jenis kerja (Borong Semua sekali)

TAKING OFF
-Kerja-kerja pengukuran daripada pelan yang dimasukkan kedalam borang diamensa (Borang Diamensa)

CONTRACT PRICE
-Harga kontrak yang dimajukan oleh pemborong kedalam borang biling / Dengan memasukkan kerja-kerja seperti jenis-jenis kerja / Harga dan jumlah keseluruhan.

Formwork (Ground Beam)


Formula Pengiraan Bata dan Permukaan Lepa



Cerucuk


CERUCUK

TUJUAN:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan kerja-kerja penggalian, cerucuk, memasang penahan tanah, penyemburan racun anti serangga dan kerja-kerja kepala cerucuk dengan menggunakan perkakas dan pealatan suapaya hasil kerja menepati dan spesifikasi yang ditetapkan.

PENERANGAN
Apabila tapak binaan terdiri daripada tanah lembut dn keupayaan tanggungnya tidak mencukupi, tindakan hendaklah diambil untuk menguatkan keadaan tanah. Alah satu daripada caranya ialah menggunakn cerocok. Cerocok digunakan bersama satu jenis asas yang lain, biasanya alas tiang ataupun rakit. Cerocok ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
1.Cerocok Tanggung (Cerucuk tanggung hujung (End-bearing Pile) iaitu cerucuk di tahan oelh lapisan tanah keras atau batu – Cerocok ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras atau lapisan batu yang berupaya menanggung bebannya. Cerocok-cerocok ini merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan. Beban bangunan tersebut diagihkan terus ke atas tanah atau batu yang menyokongnya. Jarak dia antara cerocok-cerocok berdasar kepada saiz cerocok Dan bahan yang digunakan.

2.Cerocok Geseran (Cerucuk geseran kulit ( Skin frictional Pile ) iaitu beban struktur di tanggung oleh geseran kulit di seluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan tanah – Cerocok ini ditnggung oleh daya gesean diantar atanah dan permukaan cerocok. Oleh sebab itu bahan yang digunakan untuk cerocok ini haruslah mempunyai permukaan yang kasar dan jarak diantara cerocok-cerocok hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan cerocok.Oleh kerana banyak faktor-faktor yang di sebut diatas seperti kekuatan tanah dan lain-lain adalah perkara yang relatif, maka kebanyakan cerucuk mempunyai kedua-dua sifat tanggung hujung dan geseran kulit tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza.
Berdasarkan kepada kesan yang dibawa oleh cerucuk kepada tanah, maka cerucuk boleh di bahagikan kepada :
i.Cerucuk tanpa anjakan (Non-Displacement Pile) seperti Bored, Micro Pile.
ii.Cerucuk anjakan kecil ( small-Displacement Pile ) seperti H – Pile, Sheet Pile, Pipe Pile, Concrete spun pile dan lain-lain lagi
iii.Cerucuk anjakan besar ( Large-Displacement Pile )
Contohnya Reinforcement Concrete pile.

Berdasarkan kepada jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh dibuat seperti diberikut :
i.Cerucuk Bakau
Saiz 3” atau 5” bulat
Beban yang dibenarkan 3/2 – 1 tan
Mesti berada di bawah paras air bawah tanah yang minima.

ii.Cerucuk kayu berubat ( Tanalised Timebr Pile )
Saiz 5” x 5”, 6” x 6”
Jenis kayu : kempas & keruing
Beban yang dibenarkan 8-15 tan

iii.Cerucuk konkrit bertetulang ( R.C. Pile )
Saiz 12” x 12”, 14” x 14”, 15” x 15”
Beban yang dibenarkan 42– 65 tan

iv.Cerucuk konkrit tegas dahulu
Saiz 10” x 10”, 12” x 12”, 14” x 14”, 16” x 16”
Beban yang dibenarkan 45 –110

v.Cerucuk keluli H
Saiz 8” x 8”, 10” x 10”, 12” x 12”
Beban yang dibenarkan 50 – 150

vi.Cerucuk gerek tuang di tempat ( Cast Insitu Bored Pile )
Saiz 18” – 160” bulat
Beban 60 – 1000 tan.

Kesimpulan bahan-bahan yang digunakan untuk cerocok adalah seperti berikut:
•Kayu – kayu bakaru atau kayu lain yang terawet
•Konkrit – tuang-dahulu (bertetulang)
Tuang disitu (Raymond, Franki Dan sebagainya)
•Rencam (composite) – kayu atau keluli (bahagian atas)
Konkrit (bahagian atas)
•Keluli - Cerocok H, Cerocok paip, Cerocok kepingan

2.Kerja Cerucuk Di Tapakbina
Penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali di dalam sesuatu projek. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas ditimbus, kerja-kerja memperbaiki sukar dilakukan jika sekiranya terdapat kesilapan. Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika sekiranya kesilapan atau kerosakan disedari atau berlaku apabila struktur telah didrikan.
Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan panjang cerucuk yang perlu ditanam di sesuatu projek, ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di dalam perihal kerja-kerja penanaman cerucuk, tidak semua ketentuan adalah muktamat. Oleh itu kerja-kerja cerucuk selalunya dikategorikan sebagai ‘Provisional’ di mana ukuran semula akan dibuat apabila siap kerja nanti.Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan ditapakbina sebelum ini, hanya cerucuk R.C. keluli dan kayu akan disentuh memandangkan teknik penanamannya adalah sama

3.Cerucuk Kayu
Kayu bakau Dan kayu dari jenis kempas yang telah diawet adalah diantara bahan yang digunakan dalam kerja-keja asas cerucuk. Ia sesuai sekali digunakan bagi pembinaan bangunan yang kecil Dan tidak mempunyai bebanan yang tinggi. Garis pusat kayu bakau yang akan digunakan kebiasaannya berukiuran 75mm hingga 125mm..

4.Cerucuk Konkrit bertetulang
Boleh digunakan pada kebanyakan tapak dan keadaan tanah kecuali di kawasan yang terlalu lembut dan kawasan yang mempunyai batu kapur. Mempunyai ukuran 200 x 200 hingga 400 x 400 mm.


5.Cerucuk Keluli
Terdiri dari keluli berbentuk huruf ‘H’ bentuk bulat sepeprti cerucuk paip Dan cerucuk kepingan. Bagi kerja-kerja penyambungan, keluli jenis ini memerlukan pengimpalan pada bahagian atasnya bagi menambah panjang cerucuk jenis ini supaya dapat mencapai tahap kedalaman yang dikehendaki. Sesuai sekali digunakan pada kawasan yang terdapat batu kapur, walau bagaimanapun ia kurang digunakan kerana haga yang mahal. Ia juga mempunyai ukuran 200 mm x 200 mm hingga 350mm x 350mm.

6.Kumpulan Cerucuk
Penentuan kepupayaan cerucuk menanggug Dan menyebar bebanan dari superstruktur banyak begantung kepada panjang cerucuk yang digunakan, keluasan kerataan permukaannya Dan semestinya kekuatan yang terdapat pada tanah itu sendiri. Bagi menjamin kesetabilan yang sempurna, cerucuk-cerucuk digunakan secara berkelompok atau berkumpulan Dan ia begitu berkait rapat dengan bebanan yang dikenakan ke atasnya. Untuk itu, pada permukaan atas cerucuk, dibina pula tetopi cerucuk berulang Dan memindahkan bebanan tiang ke kepala cerucuk.

1.Bar Splicing / Butt Welding - Konkrit dipecahkan disekeliling cerucuk sepanjang 30 kali saiz besi tetulang yang terbesar dan segala links dikeluarkan. Besi tetulang yang baru kemudian disambung kepada yang lama dengan splicing, links yang baru dipasang balik dengan jaraknya separuh dari jarak links dalam cerucuk asal. Kotak acuan dipasang semula dan dikonkritkan dengan konkrit bancuhan yang sama. Jika besi baru hendak disambung dengan ‘butt welding’, jarak konkrit yang perlu dipecahkan adalah 12”. Di dalam kaedah ini, ketegakan besi perlu diperhatikan.

2.Dowel berjoint / Plate Welding - Di dalam kaedah ini, cerucuk sambungan disediakan dengan dowel bar yang boleh dimasukkan ke dalam paip yang ada di cerucuk permulaan. Kepingan besi lembut dari kedua-dua cerucuk kemudian dilekatkan dengan fillet di sekeliling.

3.Kepala cerucuk - Jenis kepala cerucuk yang biasa digunakan di dalam JKR adalah :
i)Flat Ended Shoe - Untuk tanah yang lembut
ii)Cast Iron Shoe - Untuk tanah yang sederhana dan keras
iii)Rock Shoe - Untuk tanah yang keras dan berbatu

Tuesday, August 26, 2014

Building Structure


Acuan Konkrit


ACUAN KONKRIT


Fungsi Bahagian-Bahagian Acuan

Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang rekaan yang dicipta melalui kegunaan acuan. Dalam pembinaan konkrit, terdapat dua kumpulan acuan yang lazim digunakan iaitu acuan untuk konkrit tuang dahulu dan acuan untuk konkrit tuang disitu. Acuan untuk konkrit tuang dahulu dibuat dengan cara senang dibuka, mudah dialih dan boleh digunakan berulang kali. Acuan untuk konkrit tuang di situ selain daripada senang dibuka, tumpuan kepada kekukuhan dan ketepatan kedudukannya hendaklah diperhatikan.


Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang, tembok, lantai, tangga dan jisim konkrit yang lain. Acuan ini hendaklah dibuat supaya dapat membentuk dan menyangga bancuhan konkrit sehingga konkrit itu menjadi keras dan berupaya menyokong sendiri. Acuan adalah binaan sementara dan mesti ditanggalkan selepas konkrit yang dibentuk itu cukup kuat.



Bahan-bahan Yang digunakan Untuk Acuan

Acuan boleh dibuat daripada beberapa jenis bahan. Bahan yang biasa digunakan ialah :

1. Papan dan papan lapis
2. Logam - keluli, besi bergalvani, aluminium dan sebagainya
3. Kaca gentian dan plastik gentian


Papan Dan Papan Lapis

Bahan ini sangat luas digunakan dalam pembinaan acuan baik untuk konkrit tuang dahulu mahupun konkrit tuang di situ. Bahan-bahan ini mudah didapati dan senang dikerjakan. Kayu lembut separuh kering adalah bahan yang baik untuk membuat acuan. Kayu yang terlampau kering akan menyerap air dari konkrit, manakala kayu yang basah akan mengecut menjadikan perubahan saiz dan bentuk konkrit. Kayu keras pula adalah berat dan sukar dipaku.

Logam

Kegunaan logam dalam pembinaan acuan adalah terhad pada pembinaan yang tertentu dan juga memerlukan kemahiran yang tersendiri. Penghasilan konkrit tuang dahulu biasanya memerlukan acuan logam kerana ia tahan lasak dan sesuai digunakan berulang kali. Kepingan logam biasanya digunakan dalam pembinaan lantai atas dan bumbung dalam bangunan yang bertingkat-tingkat.

Kaca Gentian dan Plastik Gentian

Kaca gentian dan plastik gentian digunakan khas untuk membina struktur yang mempunyai rekabentuk tersendiri.


Pembinaan Acuan

Acuan yang baik hendaklah mempunyai ciri-ciri yang berikut :

Kualiti

Darisegi kekukuhan, kekuatan, kedudukan dan dimensi menentukan kualiti acuan. Acuan mestilah dibuat kukuh dan kuat supaya berupaya menahan beban yang akan ditanggung seperti beban bancuhan konkrit, tetulang, pekerja, alatan yang digunakan dan juga getaran yang dilakukan untuk memadatkan konkrit. Kedudukannya mestilah tepat dan stabil. Dimensinya hendaklah mengikut rekabentuk yang ditetapkan. Selain daripada itu, rekabentuk acuan hendaklah mengandungi kemudahan untuk menanggalkannya supaya tidak mengganggu kedudukan konkrit apabila membuka acuan.

Keselamatan

Keselamatan mestilah dititikberatkan kepada pekerja, struktur dan alatan yang digunakan. Ia hendaklah dimulakan dari peringkat perancangan dan pengurusan. Rekaannya mestilah mematuhi pada undang-undang, pembinaannya dikawal dengan rapi dan penyeliaan dijalankan dari masa ke semasa.

Ekonomi

Kos mestilah rendah tetapi mematuhi kualiti dan keselamatan pembinaan acuan. Bahan-bahan yang digunakan hendaklah mudah didapati dan seboleh-bolehnya dapat digunakan berulangkali. Begitu juga pertimbangan harus diberi kepada cara pembinaan, jenis acuan dan kemahiran pekerja sedia ada.


Jangkamasa Minimun Untuk Menanggalkan Acuan


Bil Bahagian Acuan Jangkamasa

1.Tepi rasuk, tiang dan tembok =(2-6 hari)

2.Bawah rasuk dan papak (yang tidak dibebankan)=(7-14 hari)

3.Papan tepi (yang dibebankan)=(Tidak kurang 7 hari)

4.Papan bawah ( yang dibebankan)=(28 hari)


* Sebarang beban tidak boleh dibebankan sebelum 28 hari

Bangku Kerja Untuk Membengkok & Mengikat Besi


MEMBUAT ANGGARAN KERJA (ESTIMATING)

MEMBUAT ANGGARAN KERJA (ESTIMATING)

PENDAHULUAN
1. Pada lazimnya, cara yang biasa digunakan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan berkanun juga pihak-pihak firma untuk membina satu-satu bangunan ialah dengan memanggil tawaran.
2. Maka patut dinyatakan di sini iaitu sebelum pemborong memasuki satu-satu tawaran beberapa perkara patut diambil perhatian terlebih dahulu.
a. Pemborong mungkin sedang mempunyai banyak kerja-kerja kontrak di dalam tangan yang masih lagi dalam pelaksanaan. Oleh sebab ini, segala tumpuan, wang dan tenaga buruh telah pun ditumpukan di projek-projek ini. Maka sekiranya pemborong ini ingin juga memasuki tawaran lain, besar kemungkinan yang beliau akan gagal sekiranya tawaran itu berjaya.
b. Tenaga buruh di tempat projek itu hendak dilaksanakan patut dikaji sama ada senang diperoleh atau perlu dibawa tenaga buruh dari tempat lain. Ini adalah perlu kerana faktor-faktor ini akan melibatkan perbelanjaan dan harga tawaran pemborong.
c. Bahan yang hendak dan patut digunakan di dalam tawaran ini hendaklah dikaji sama ada mudah diperoleh dan berapa harganya.
d. Lawatan ke cadangan tapak bina perlu dilakukan supaya dapat mengkaji masalah-masalah di tapak bina kelak.
3. Jadi setelah mengkaji perkara-perkara yang tersebut di atas, barulah pemborong boleh membuat keputusan sama ada ingin menyertai tawaran-tawaran tertentu.
4. Pada dasarnya, harga satu-satu bangunan itu ad alah terkandung beberapa faktor iaitu:-
a. Harga buruh.
b. Harga bahan-bahan termasuk pengangkutan dan pembaziran.\
c. Harga alat dan perkakas.
d. Insurans.
e. Harga pengurusan oleh pemborong.
f. Keuntungan oleh pemborong.
5. Perlu diingatkan iaitu tiada dua bangunan mempunyai sama harga pembinaannya walaupun rupa, rajah dan bentuk bangunan itu serupa./ Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor seperti yang tersebut di atas. Juga, faktor-faktor seperti perbezaan tempat kerja, kenaikan harga dan lain-;ain juga akan menyebabkan tiada dua bangunan yang serupa mempunyai harga pembinaan yang serupa.


CARA-CARA MEMBUAT ANGGARAN
Terdapat lima (5) cara yang masih digunakan untuk membuat anggaran ke atas sesebuah bangunan:
1. Isi padu bangunan (cubic content)
2. Luas lantai bangunan (floor area)
3. Penilaian unit (unit valuation)
4. Kuantiti nilaian hampir (approximate quantities)
5. Senarai kuantiti (bill of quantities)

1. Isi padu bangunan (cubic content)
Ini adalah cara yang paling kasar untuk membuat anggaran ke atas sesebuah bangunan itu bagi mendapatkan jumlah harga bangunan tersebut. Cara untuk mendapatkan isi padu bangunan itu ialah dengan mendarabkan panjang, lebar dan tinggi bangunan itu.

Faktor-faktor penting yang mesti diambil perhatian apabila mencari ukuran tinggi sesebuah bangunan itu apabila membuat anggaran dengan cara isi padu.
a. Jikalau sesebuah bangunan itu mempunyai bumbung curam (pitch roof), maka jumlah tingginya bangunan itu hendaklah di ukur dari paras permukaan asas (top of foundation) hingga ke paras siling dan ditambah separuh (setengah) tinggi tegak bumbung (vertical height).
b. Jikalau sesebuah bangunan itu mempunyai bumbung atau atap rata (flat roof), maka jumlah tinggi bangunan itu hendaklah diukur dari paras permukaan asas hingga ke paras permukaan bumbung tambah 610mm tinggi.

Setelah mendapat ukuran panjang, lebar dan tinggi bangunan itu, maka isi padu bangunan itu boleh didapati dengan mendarabkan ketiga-tiga ukuran ini misalnya:
Panjang bangunan = 45 meter
Lebar bangunan = 15 meter
Tinggi bangunan = 20 meter
Jadi isi padu bangunan = panjang x lebar x tinggi tersebut
= 45 x 15 x 20
= 33,750 meter padu

Berdasarkan daripada harga 1 meter padu sebuah bangunan yang sama dalam segi pembinaan dan reka bentuknya, harga bagi 33750 meter padu bangunan yang tersebut di atas boleh di nilai.
Katakan harga bagi 1 meter padu sebuah bangunan yang sama reka bentuknya dari pengalaman yang lepas, sama juga Rm100.00 maka harga bagi 33,750 meter padu bangunan seperti di atas ialah Rm100.00 x 33,750 = Rm3,375,000.00 (Tiga juta tiga ratus tujuh puluh lima ribu)

2. Luas lantai bangunan (floor area)
Satu lagi cara untuk mendapatkan anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan itu ialah dengan menggunakan cara luas lantai bangunan tersebut. Sebagaimana yang diketahui, luas ialah panjang darab lebar. Oleh yang demikian, sama juga caranya untuk mendapatkan luas sesebuah bangunan itu dengan mendarabkan ukuran panjang bangunan tersebut dengan lebarnya. Ukuran panjang dan lebar bangunan itu hendaklah diambil dari permukaan luar dindingnya

Untuk mendapatkan harga anggaran bagi bangunan tersebut terlebih dahulu hendaklah diketahui harga satu meter persegi bangunan yang lain di mana cara pembinaan dan reka bentuk bangunan itu sama seperti bangunan yang hendak dianggarkan. Ini hanya boleh diketahui melalui pengalaman-pengalaman yang telah lalu. Katakan, dari pengalaman di masa lampau. Harga bagi satu meter persegi sebuah bangunan yang sama dari segi pembinaan dan reka bentuk yang sama ialah Rm100.00 maka harga anggaran bagi bangunan di mana luas lantainya berukuran 90 meter persegi sama juga 100.00 x 90 = Rm9,000.00
Selain dari harga luas lantai bangunan itu, harga beberapa perkara lain hendaklah juga ditambah atau dijumlahkan dengan harga luas bangunan tersebut. Perkara-perkara yang dimaksudkan mestilah ada kaitannya dengan pembinaan bangunan tersebut seperti parit-parit, jalan, pagar, tanaman-tanaman rumput dan lain-lain kerja luar. Jadi harga bagi tiap-tiap perkara yang disebutkan itu hendaklah dijumlahkan dengan harga luas lantai bangunan tersebut. Maka jumlah ini ialah harga anggaran luas lantai bangunan yang dimaksudkan.

3. Penilaian unit (unit valuation)
Cara membuat anggaran seperti ini ialah dengan menggunakan kelengkapan-kelengkapan atau perkakas-perkakas yang ada atau yang terdapat di dalam sesebuah bangunan itu. Kelengkapan-kelengkapan ini memberi makna yang besar kepada sesebuah bangunan itu, sebagai contoh:
Jika sesebuah sekolah itu pernah dinilai kan sebanyak Rm1 juta dan boleh menampung 1,000 orang murid, maka harga untuk menempatkan satu meja murid bagi sekolah tersebut sebanyak ialah sebanyak Rm1 juta bahagi 1,000.00 = Rm1,000.00. maka nilaian ini boleh digunakan untuk mendapatkan nilai anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan sekolah yang lain di mana segi pembinaan dan reka bentuk sekolah itu sama.
Contohnya:
Sesebuah bangunan sekolah hendak dibina dan bangunan itu boleh menampung 2,000 orang murid-murid. Maka dengan menggunakan harga bagi satu meja murid yang diterangkan tadi. Iaitu sebanyak Rm1000.00 maka harga anggaran bagi bangunan sekolah tersebut keseluruhannya ialah Rm1000.00 x 2000 murid = Rm2,000,000.00
Cara-cara ini boleh juga digunakan untuk membina sebuah rumah sakit dengan mengira atau menghitung jumlah katil-katil pesakit, membina sebuah pawagam dengan mengira banyaknya tempat duduk. Penonton-penonton dan lain-lain lagi. Sekali lagi perlu ditegaskan, iaitu cara ini hanya boleh digunakan untuk bangunan-bangunan yang sama cara pembinaan dan reka bentuknya sahaja.

4. Kuantiti nilaian hampir (approximate quantities)
Cara ini adalah yang paling baik atau yang hampir tepat dari cara-cara yang telah disebutkan dahulu untuk mencari nilaian anggaran secara kasar. Dengan cara ini bahan-bahan kerja dikeluarkan dengan secara kasar dari lukisan-lukisan dan dinilai kan harga-harganya mengikut bahan-bahan yang tertentu. Cara-cara untuk mengeluarkan bahan-bahan kerja dan memberi harga-harga ke atasnya adalah seperti berikut:
a. Kerja mengorek parit tidak melebihi 1.5 meter dalam – dihargakan bagi satu meter padu.
b. Konkrit di dalam asas bangunan termasuk kayu dan papan penyokong dan juga keluli penguat – dihargakan bagi satu meter padu.
c. Konkrit untuk lantai tanah (ground floor concrete) termasuk lapisan asas (hardcore) dan hiasan lantai (floor finish) – dihargakan bagi satu meter persegi.
d. Konkrit untuk lantai atas (upper floor) termasuk kayu dan papan penyokong, keluli dan hiasan lantai – dihargakan bagi satu meter persegi.
e. Dinding bata termasuk plaster dan cat pada kedua-dua permukaan – dihargakan bagi satu meter persegi.
f. Kayu-kayu untuk atap atau bumbung dan siling – dihargakan bagi satu meter padu.
g. Penutup bumbung (roof covering) termasuk kayu beroti (battens) – dihargakan bagi satu meter persegi.
h. Tingkap dan pintu termasuk barang-barang besi (ironmongery), gelas, bingkai (frame) dan cat – dihargakan tiap-tiap satu mengikut saiznya.
i. Pertukangan kayu (joinery fittings) seperti almari, papan rak (shelves) dan lain-lain dihargakan tiap-tiap satu yang cukup.
j. Pemasangan paip (sanitary fittings) termasuk harga paip pada tiap perkakas (fittings).
k. Pemasangan alat-alat elektrik – dihargakan bagi tiap-tiap satu point.
l. Pengaliran najis (soil drainage) termasuk harga paip, penggalian parit dan lapisan konkrit di bawah – dihargakan bagi satu meter panjang.
m. Kerja-kerja luar seperti menanam rumput-rumput (turfing) dan memagar (fencing) dan lain-lain.
Jadi bahan-bahan yang telah dikeluarkan dari lukisan-lukisan atau pelan-pelan mengikut ukuran-ukuran di dalam unit-unit yang tertentu itu kemudiannya dihargakan bagi tiap-tiap satu unit dan jumlah harga bahan-bahan ini menjadi harga anggaran secara kasar ke atas projek tersebut.

5. Senarai kuantiti (bill of quantities)
Membuat anggaran dengan cara ini adalah yang paling baik dan tepat. Senarai-senarai bahan ini disediakan oleh Juruukur bahan yang mahir dan mengeluarkan segala bahan-bahan yang telah diukur dari lukisan-lukisan atau pelan-pelan dengan tepat dan kemudian dikumpulkan bahan-bahan tersebut dalam bentuk bilangan di bawah pecahan-pecahan tajuk yang tertentu. Si pemborong hanya dikehendaki mengisi ruangan harga-harga yang disediakan pada tiap-tiap ukurannya. Kemudian di darabkan bilangan bahan-bahan dengan harga-harga yang telah diisi untuk mendapatkan jumlah harga tawaran yang sebenarnya.


HARGA UNIT (UNIT RATES)

MENGENAL HARGA UNIT
Pada dasarnya tiap-tiap harga unit termasuk harga-harga seperti berikut:-
a. Buruh.
b. Harga bahan-bahan
c. Penggunaan jentera atau peralatan.
d. Keuntungan

Tetapi tidak kesemua empat-empat faktor yang tersebut yang mesti digunakan untuk mendapat harga unit. Terkadang-kala, Cuma faktor-faktor seperti buruh dan keuntungan sahaja yang beleh digunakan seperti mencari harga unit bagi satu-satu penggalian dengan tangan. Kedua, Cuma faktor-faktor seperti buruh, bahan-bahan dan keuntungan sahaja yang boleh digunakan untuk mengatur batu-bata (bricklaying)

a. BURUH
Bayaran harga buruh ialah upahan kepada seseorang pekerja setelah ia menyempurnakan sesuatu pekerjaan, sebagai contoh, seseorang pemborong memberi bayaran kepada pekerjanya atau dipanggil upah. Bayaran atau upah buruh ini berbeza dari segi pembayarannya mengikut kemahiran seseorang pekerja itu. Misalnya:-
1) Tukang (craftsmen or mason)
Orang yang mahir membuat sesuatu bidang pekerjaan dalam segi pertukangan seperti pertukangan kayu (carpentry), tukang mengikat batu-bata (bricklayer), tukang memasang paip (plumber) dan lain-lain lagi. Mereka-mereka ini dibayar atau diupah di antara Rm50.00 hingga Rm80.00 dalam satu hari bagi 8 jam bekerja. Tetapi bayaran ini berubah dari masa ke semasa mengikut keadaan.

2) Buruh biasa (labourer)
Orang yang separuh mahir atau tidak mahir membuat sesuatu bidang pekerjaan seperti pembancuh simen, orang yang mengangkat bata-bata, simen atau besi dan lain-lain. Seorang buruh biasa lelaki dibayar lebih kurang Rm45.00 sehari bagi 8 jam bekerja dan buruh biasa perempuan lebih kurang Rm50.00 sehari bagi 8 jam bekerja.

3) Kepala (foreman)
Orang yang ditugaskan untuk mengendalikan atau menyeliakan kerja-kerja di tapak pembinaan bagi pihak pemborong. Semua bayaran baginya selalunya diperuntukkan di dalam jumlah pengurusan syarikat pemborong yang berkenaan.

4) Angkatap buruh (labour constant)
Angkatap buruh ertinya masa yang diambil oleh seorang pekerja untuk membuat sesuatu pekerjaan hingga siap. Angkatap Buruh ini adalah satu faktor yang tidak boleh ditetapkan dengan tepat tetapi ia didapati dengan mencari hitungan panjang masa selepas membuat beberapa kajian. Misalnya, Si Ali boleh menggali satu ela padu tanah dalam masa 2 jam. Tetapi si Ahmad boleh juga membuat kerja yang sama dalam masa 1 ½ jam. Ini bermakna sesuatu pekerjaan itu tidak boleh disiapkan atau dikendalikan oleh pekerja-pekerja dalam masa yang sama atau tertentu. Oleh yang demikian seseorang pemborong boleh mendapat keuntungan lebih jika sekiranya ia menggunakan tenaga si Ahmad dari si Ali. Sebabnya bayaran untuk si Ahmad (boleh bekerja selama 1 ½ jam) adalah kurang daripada bayaran si Ali.

b. KADAR HARGA BAHAN-BAHAN
Faktor-faktor seperti berikut hendaklah diberi perhatian di dalam menentukan harga bahan-bahan
1) Harga asal bahan-bahan (net cost of materials).
2) Bayaran pengangkutan (delivery charge)
3) Harga menyimpan (storage cost)
4) Pembaziran (waste)
Harga asal bahan-bahan di dapati berubah dari masa ke semasa dan juga berubah dari satu tempat ke satu tempat. Oleh sebab itu apabila membuat anggaran hendaklah menggunakan harga pasaran semasa dalam peredaran pada ketika itu. Harga pasaran bahan-bahan ini boleh didapati dari pedagang-pedagang, majalah-majalah dan lain-lain.

c. PENGGUNAAN PERALATAN
Apabila menjalankan sesuatu projek pembangunan yang besar, kebanyakan pemborong-pemborong menggunakan alat-alat yang bersangkutan dengan pekerjaan tersebut. Alat-alat tersebut yang digunakan terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1) Alat-alat yang tidak berjentera.
2) Alat-alat yang berjentera.
1) Alat-alat yang tidak berjentera.
a) Perancah (scaffolding)
b) Alat tampang muka (profile)
c) Kain terpal (tarpaulin)
d) Kain penahan (protective clothing)
e) Tongkat pengorek (boring rod)
f) Kotak pengukur (gauge boxes)
g) Tangga (ladders)
h) Kompor atau dapur (stoves0
i) Kereta sorong beroda satu (wheel barrows)
j) Perkakas (tools)
k) Penajam perkakas (re-sharpening tools)
l) Raga atau bakul (baskets)
m) Takal, tali dan alat kerek (pulleys, rope and tackles)
n) Bangku untuk membuat kerja (work branches)
o) Papan untuk menggaul (mixing boards)
p) Baldi (buckets)
q) Tabir (screens)
r) Penyalur paip (hose pipes)
s) Perkakas untuk membengkok (bending machine.
Pada biasanya harga-harga untuk perkara-perkara yang tersebut adalah dimasukkan sebagai harga perbelanjaan harian dan pengurusan.

2) Alat-alat yang berjentera.
a) Lori berjentera (motor lorry)
b) Pengorek tanah (excavator)
c) Bulldozer (bull-dozer)
d) Penggaul konkrit (concrete mixer)
e) Penggaul mortar (mortar mixer)
f) Alat jentera untuk menaikkan sesuatu (hoist)
g) Alat jentera getaran (vibrator)
h) Alat jentera pemampatan (compressor)
i) Penyembur cat (paint sprayer)
j) Alat jentera untuk membuang (dumpers)
k) Penyembur cat (paint sprayer)
l) Alat elektrik pengerek (electric drill)
m) Alat jentera untuk pertukangan tanggam (joinery machines)
n) Alat penggiling (roller)
o) Alat penghancur batu (stone crusher)
p) Alat pelantak (rammers)

Untuk menggunakan alat-alat dan perkakas-perkakas yang tersebut di atas, pemborong-pemborong hendaklah mengadakan wang yang cukup untuk membeli atau menyewa alat-alat dan perkakas-perkakas tersebut. Oleh yang demikian modal untuk membeli atau menyewa alat-alat tersebut patutlah dikira semua untuk mendapatkan kos modal yang telah digunakan. Cara untuk mendapatkan balik wang modal bagi membeli alat-alat tersebut ialah dengan menganalisis harga penggunaan alat-alat iaitu bagi sejam sehari dan jug upah buruh yang mengendalikan alat-alat tersebut. Jadi untuk menganalisis harga penggunaan alat-alat jentera ini bagi sejam sehari, perlulah diambil perhatian beberapa faktor yang penting termasuk:
a) Harga untuk menyewa atau kejatuhan harga bagi alat-alat jentera yang digunakan (cost of hire or depreciation)
b) Harga untuk membaiki kerosakan alat-alat jentera yang digunakan (cost of repair)
c) Kehilangan faedah atau bunga ke atas wang modal untuk menyewa alat jentera tersebut. Jika sekiranya wang modal itu disimpan di dalam bank (loss of bank interest).
d) Penggunaan minyak (petrol dan minyak hitam) dan juga air bagi alat jentera tersebut (fuel and water).
e) Bayaran untuk pemandu dan buruh-buruh yang mengendalikan alat jentera tersebut dan juga harga pengendalian yang berkaitan.

d. KEUNTUNGAN (PROFIT)
Setelah dikira tiap-tiap harga unit untuk bahan-bahan, buruh-buruh dan peralatan, hendaklah juga difikirkan tentang keuntungan yang berpatutan. Keuntungan ini dikira dengan menggunakan peratus (percentage) ke atas jumlah kegunaan bahan-bahan dan upah buruh. Keuntungan yang ditambah ini dipanggil keuntungan kasar gross profit). Keuntungan kasar ini termasuk:
a) Keuntungan bersih (nett profit)
b) Harga pengurusan syarikat pemborong
Apa yang dikatakan harga pengurusan syarikat pemborong ialah bayaran-bayaran atau gaji yang perlu dibayar kepada kakitangan yang menguruskan atau menyeliakan syarikat tersebut. Harga pengurusan keuntungan kasar (gross profit). Keuntungan kasar ini termasuk:
a) Keuntungan bersih (nett Profit)
b) Harga pengurusan syarikat pemborong.
Apa yang dikatakan harga pengurusan syarikat pemborong ialah bayaran-bayaran atau gaji yang perlu dibayar kepada kakitangan-kakitangan yang menguruskan atau menyeliakan syarikat tersebut. Harga pengurusan ini termasuk:
a) Gaji dan perbelanjaan pengarah syarikat
b) Bayaran yang di kena oleh Bank ke atas “overdraft’ dan kehilangan faedah.
c) Sewa pejabat, gaji setiausaha, alat-alat pejabat, telefon, insurans, bayaran elektrik dan sebagainya.
d) Cukai-cukai
e) Bayaran untuk mengendalikan bengkel dan untuk perkakas-perkakas yang tidak berjentera.
f) Kejatuhan nilai atau harga semua alt-alat jentera yang sejajar.
g) Elaun-elaun kereta, pengangkutan dan perjalanan dan sebagainya.
h) Perkara-perkara am dan penyeliaan oleh kakitangan, agen dan kepala (foreman)
Nilai peratus ke atas bayaran yang tersebut di atas boleh didapati dengan dibahagikan jumlah wang masuk (turnover) atau wang pembalikan bagi hitungan panjang untuk setahun, dengan jumlah harga pengurusan. Misalnya:
Wang masuk atau wang pembalikan untuk setahun katakan Rm1 juta. Harga pengurusan, katakan Rm50 ribu.

Jadi nilaian peratus = Harga pengurusan
Wang masuk
= Rm50.000.00 X 100
Rm1,000,000.00
= 5%

Oleh yang demikian, sekiranya pemborong di dalam membuat anggaran kerja inginkan keuntungan bersih sebanyak 5%, maka pemborong mestilah menambah 5% lagi ke atas 5% ini untuk pengurusan dan peralatan menjadikan keuntungan kasar sebanyak 10%.

SENARAI HARGA PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK 2013

Upah Pendawaian dan Pemasangan
1. 1x Point Lampu = RM 50
2. 1x Point kipas       = RM 60
3. 1x Point power soket   = RM 80
4. 1x Point water heater = RM 120
5. 4x Point Kamera CCTV = RM 200
6. 1x Point auto gate = RM 150-300
7. Point door acces/ alarm system = mengikut jumlah kuantiti.
Upah Pemasangan Sahaja
1. 1x Point lampu = RM9-30
2. 1x Point kipas       = RM 25-35
3. 1x Point aircond 1h/p = RM 250
4. 1x Point water heater = RM 100
5. 1x Point Auto gate = RM350
Upah pemasangan kotak fius agihan mengikut kuantiti MCB
angaran pemasangan 3 fasa/36 fius agihan  RM1200
angaran pemasangan 1 fasa/21fius agihan RM350
JIKA BERMINAT, HUBUNGI KAMI DENGAN MENELEFON / SMS KE:
017-2842982 (zaki_

Harga Wiring Elektrik Rumah Kediaman 2014




Menyediakan perkhidmatan kontraktor pendawaian elektrik rumah kediaman, pejabat, premis perniagaan serta pasang lampu, pasang kipas di sekitar kota kinabalu


Harga pendawaian elektrik rumah kediaman, pejabat, premis perniagaan 2014 di sekitar kota kinabalu

Pendawaian Elektrik :
- Harga pendawaian lampu RM80
- Harga pendawaian kipas RM80
- Harga pendawaian soket plug RM90
- Harga pendawaian water heater dari RM140
- Harga pendawaian aircond dari RM140
- Harga pendawaian Auto Gate dari RM500
Papan Agihan (DB-Distribution Board):
  • Harga dari RM500

Pemasangan Lampu:
  • Semua jenis lampu dari RM25

Pemasangan Kipas:
  • Semua jenis kipas dari RM35

Pemasangan Water Heater:
  • Semua jenis water heater dari RM80

 Noted :
  • Harga bergantung kepada jenis pendawaian surface/concealed, jarak dan laluan pendawaian

Sila Hubungi :

0168514022 (en.Zaidun)