Translate

Thursday, April 4, 2013

Urus pembinaan rumah anda lebih jimat.

Saya urus sendiri pembinaan rumah saya, ia akan menjimatkan kos pengurusan dan profit, berbanding kalau kita bina menggunakan kontraktor yang dilantik. Syaratnya mempunyai tanah sendiri.

Pengurusan sendiri bermakna kita urus cari tukang, urus beli barang, urus sewa mesin, jaga kerja dan bayar pekerja atau tukang yang dilantik.

Misalnya saya bahagikan skop pembinaan saya kepada beberapa skop kerja,

  1. Membina struktur utama, dinding, bumbung, plaster dan lantai asas , ini 1 kepala tukang yang jaga dan saya bayar ikut kaki persegi, misalnya rumah saya 1200k2 , maka upah x luas tersebut. 
  2. Tukang siling plaster - 1k2 x 3.30 termasuk barang
  3. Tukang tingkap aluminium, 1k2 x 26.00, maka keseluruhan luas tingkap x kadar berkenaan dan akan dapat kos ting, kos meliputi kos upah dan barang
  4. Memasang tile lantai, saya bayar upah pasang tile sahaja, barang tile, simen pasir saya beli dan upah 1k2 ialah RM1.50
  5. Cat dalam dan luar saya upah sahaja, cat saya beli, upah saya bagi 1 buah rumah RM2000
  6. Kabinet saya panggil tukang kayu, buat, kabinet gantung 1 ka panjang RM150, kayu dan papan nyatoh
  7. Kichen kabinet kos upah RM90 1 ka panjang, tile simen saya beli, saya guna 2; x 2;
Siap dalam 6 bulan, kos 1200 k2 lebih kurang RM90,000 , kalau nak jual RM180,000.00. memang untung kalau urus sendiri., tapi tak jual, dok kampung best