CERUCUK
TUJUAN:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini
boleh melakukan kerja-kerja penggalian, cerucuk, memasang penahan tanah,
penyemburan racun anti serangga dan kerja-kerja kepala cerucuk dengan
menggunakan perkakas dan pealatan suapaya hasil kerja menepati dan
spesifikasi yang ditetapkan.
PENERANGAN
Apabila tapak binaan
terdiri daripada tanah lembut dn keupayaan tanggungnya tidak mencukupi,
tindakan hendaklah diambil untuk menguatkan keadaan tanah. Alah satu
daripada caranya ialah menggunakn cerocok. Cerocok digunakan bersama
satu jenis asas yang lain, biasanya alas tiang ataupun rakit. Cerocok
ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
1.Cerocok Tanggung
(Cerucuk tanggung hujung (End-bearing Pile) iaitu cerucuk di tahan oelh
lapisan tanah keras atau batu – Cerocok ini dimasukkan ke dalam tanah
sehingga lapisan tanah yang keras atau lapisan batu yang berupaya
menanggung bebannya. Cerocok-cerocok ini merupakan tiang-tiang yang
terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan.
Beban bangunan tersebut diagihkan terus ke atas tanah atau batu yang
menyokongnya. Jarak dia antara cerocok-cerocok berdasar kepada saiz
cerocok Dan bahan yang digunakan.
2.Cerocok Geseran (Cerucuk
geseran kulit ( Skin frictional Pile ) iaitu beban struktur di tanggung
oleh geseran kulit di seluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan
tanah – Cerocok ini ditnggung oleh daya gesean diantar atanah dan
permukaan cerocok. Oleh sebab itu bahan yang digunakan untuk cerocok ini
haruslah mempunyai permukaan yang kasar dan jarak diantara
cerocok-cerocok hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan
bahan cerocok.Oleh kerana banyak faktor-faktor yang di sebut diatas
seperti kekuatan tanah dan lain-lain adalah perkara yang relatif, maka
kebanyakan cerucuk mempunyai kedua-dua sifat tanggung hujung dan geseran
kulit tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza.
Berdasarkan kepada kesan yang dibawa oleh cerucuk kepada tanah, maka cerucuk boleh di bahagikan kepada :
i.Cerucuk tanpa anjakan (Non-Displacement Pile) seperti Bored, Micro Pile.
ii.Cerucuk
anjakan kecil ( small-Displacement Pile ) seperti H – Pile, Sheet Pile,
Pipe Pile, Concrete spun pile dan lain-lain lagi
iii.Cerucuk anjakan besar ( Large-Displacement Pile )
Contohnya Reinforcement Concrete pile.
Berdasarkan kepada jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh dibuat seperti diberikut :
i.Cerucuk Bakau
Saiz 3” atau 5” bulat
Beban yang dibenarkan 3/2 – 1 tan
Mesti berada di bawah paras air bawah tanah yang minima.
ii.Cerucuk kayu berubat ( Tanalised Timebr Pile )
Saiz 5” x 5”, 6” x 6”
Jenis kayu : kempas & keruing
Beban yang dibenarkan 8-15 tan
iii.Cerucuk konkrit bertetulang ( R.C. Pile )
Saiz 12” x 12”, 14” x 14”, 15” x 15”
Beban yang dibenarkan 42– 65 tan
iv.Cerucuk konkrit tegas dahulu
Saiz 10” x 10”, 12” x 12”, 14” x 14”, 16” x 16”
Beban yang dibenarkan 45 –110
v.Cerucuk keluli H
Saiz 8” x 8”, 10” x 10”, 12” x 12”
Beban yang dibenarkan 50 – 150
vi.Cerucuk gerek tuang di tempat ( Cast Insitu Bored Pile )
Saiz 18” – 160” bulat
Beban 60 – 1000 tan.
Kesimpulan bahan-bahan yang digunakan untuk cerocok adalah seperti berikut:
•Kayu – kayu bakaru atau kayu lain yang terawet
•Konkrit – tuang-dahulu (bertetulang)
Tuang disitu (Raymond, Franki Dan sebagainya)
•Rencam (composite) – kayu atau keluli (bahagian atas)
Konkrit (bahagian atas)
•Keluli - Cerocok H, Cerocok paip, Cerocok kepingan
2.Kerja Cerucuk Di Tapakbina
Penanaman
cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali di dalam
sesuatu projek. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas
ditimbus, kerja-kerja memperbaiki sukar dilakukan jika sekiranya
terdapat kesilapan. Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika sekiranya
kesilapan atau kerosakan disedari atau berlaku apabila struktur telah
didrikan.
Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan panjang
cerucuk yang perlu ditanam di sesuatu projek, ianya mestilah diterima
dengan cermat kerana di dalam perihal kerja-kerja penanaman cerucuk,
tidak semua ketentuan adalah muktamat. Oleh itu kerja-kerja cerucuk
selalunya dikategorikan sebagai ‘Provisional’ di mana ukuran semula akan
dibuat apabila siap kerja nanti.Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut,
penyeliaan ditapakbina sebelum ini, hanya cerucuk R.C. keluli dan kayu
akan disentuh memandangkan teknik penanamannya adalah sama
3.Cerucuk Kayu
Kayu
bakau Dan kayu dari jenis kempas yang telah diawet adalah diantara
bahan yang digunakan dalam kerja-keja asas cerucuk. Ia sesuai sekali
digunakan bagi pembinaan bangunan yang kecil Dan tidak mempunyai bebanan
yang tinggi. Garis pusat kayu bakau yang akan digunakan kebiasaannya
berukiuran 75mm hingga 125mm..
4.Cerucuk Konkrit bertetulang
Boleh
digunakan pada kebanyakan tapak dan keadaan tanah kecuali di kawasan
yang terlalu lembut dan kawasan yang mempunyai batu kapur. Mempunyai
ukuran 200 x 200 hingga 400 x 400 mm.
5.Cerucuk Keluli
Terdiri
dari keluli berbentuk huruf ‘H’ bentuk bulat sepeprti cerucuk paip Dan
cerucuk kepingan. Bagi kerja-kerja penyambungan, keluli jenis ini
memerlukan pengimpalan pada bahagian atasnya bagi menambah panjang
cerucuk jenis ini supaya dapat mencapai tahap kedalaman yang
dikehendaki. Sesuai sekali digunakan pada kawasan yang terdapat batu
kapur, walau bagaimanapun ia kurang digunakan kerana haga yang mahal. Ia
juga mempunyai ukuran 200 mm x 200 mm hingga 350mm x 350mm.
6.Kumpulan Cerucuk
Penentuan
kepupayaan cerucuk menanggug Dan menyebar bebanan dari superstruktur
banyak begantung kepada panjang cerucuk yang digunakan, keluasan
kerataan permukaannya Dan semestinya kekuatan yang terdapat pada tanah
itu sendiri. Bagi menjamin kesetabilan yang sempurna, cerucuk-cerucuk
digunakan secara berkelompok atau berkumpulan Dan ia begitu berkait
rapat dengan bebanan yang dikenakan ke atasnya. Untuk itu, pada
permukaan atas cerucuk, dibina pula tetopi cerucuk berulang Dan
memindahkan bebanan tiang ke kepala cerucuk.
1.Bar Splicing /
Butt Welding - Konkrit dipecahkan disekeliling cerucuk sepanjang 30
kali saiz besi tetulang yang terbesar dan segala links dikeluarkan.
Besi tetulang yang baru kemudian disambung kepada yang lama dengan
splicing, links yang baru dipasang balik dengan jaraknya separuh dari
jarak links dalam cerucuk asal. Kotak acuan dipasang semula dan
dikonkritkan dengan konkrit bancuhan yang sama. Jika besi baru hendak
disambung dengan ‘butt welding’, jarak konkrit yang perlu dipecahkan
adalah 12”. Di dalam kaedah ini, ketegakan besi perlu diperhatikan.
2.Dowel
berjoint / Plate Welding - Di dalam kaedah ini, cerucuk sambungan
disediakan dengan dowel bar yang boleh dimasukkan ke dalam paip yang ada
di cerucuk permulaan. Kepingan besi lembut dari kedua-dua cerucuk
kemudian dilekatkan dengan fillet di sekeliling.
3.Kepala cerucuk - Jenis kepala cerucuk yang biasa digunakan di dalam JKR adalah :
i)Flat Ended Shoe - Untuk tanah yang lembut
ii)Cast Iron Shoe - Untuk tanah yang sederhana dan keras
iii)Rock Shoe - Untuk tanah yang keras dan berbatu