Translate

Monday, September 10, 2012

Jenis-jenis kerja dalam industri binaan


1. Kejuruteraan Awam
Ia melibatkan projek-projek besar serta kos yang banyak dan komplek.
 Contoh-contoh kerjanya seperti :
q  pembinaan jalanraya dan lebuhraya
q  jambatan dan jeti
q  terowong
q   pembentungan najis dan lain-lain.

2. Bangunan
 Ia melibatkan kerja-kerja  pembinaan :
q   Rumah-rumah kediaman
q  Pejabat-pejabat
q  Hotel dan resort
q  Hospital
q  Sekolah dan institusi pendidikan
q  Masjid dan lain-lain    

3. Kejuruteraan Awam berat
q    Pelantar minyak
q    Empangan sungai
q    Lapangan terbang
q    Rangkaian lebuhraya negara
Landasan keretapi dan lain-lain

Definisi Industri Binaan


Industri yang meliputi kerja-kerja bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan awam.

Tauliah penyelia tapak oleh CIDB


Tauliah penyelia  tapak oleh CIDB
Tauliah penyelia  tapak oleh LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA CIDB. Permohon yang bekerja sebagai penyelia tapak atau site supervisor boleh memohon tauliah dari CIDB bagi meningkat status anda sebagai penyelia. Bila ada tauliah mudah dapat kerja yang lebih baik.  Borang pemohonan boleh di dapati di CIDB atau anda boleh muat turun melalui laman web CIDB. • Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA
Bahagian Pembangunan Personel Binaan
Tingkat 7, Grand Seasons Avenue
No. 72, Jalan Pahang
53000 Kuala Lumpur
Tel: 03-2617 0381/258
Faks: 03-4043 0801

Gaji Penyelia Projek Pembinaan


Gaji Penyelia Projek Pembinaan atau penyelia tapak, meningkat 112%. Kerajaan telah mengkaji perkara ini dan ia satu berita baik kepada penyelia projek atau penyelia tapak pembinaan negara ini. Bagi kakitangan kerajaan mereka menikmati kenaikan gaji yang menarik, swasta diharap mengambil langkah serupa menaikan gaji penyelia tapak.

Pada 2 nov 2010, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, berita gembira itu merupakan sebahagian daripada hasrat kerajaan agar mereka dapat memberikan perkhidmatan berkualiti.
Menurut beliau, menerusi pelarasan itu gaji mereka yang memiliki ijazah dinaikkan 71 peratus kepada RM2,900 berbanding RM1,700 sebelum ini manakala gaji pemegang sijil meningkat 112 peratus menjadi RM1,800 berbanding RM850 sebelum ini.
“Jawatan penyelia projek adalah sangat penting memandangkan mereka berperanan memantau kualiti kerja termasuk keselamatan di tempat kerja.
“Penyelia tapak adalah ‘mata dan telinga’ kepada jurutera atau pengarah projek kerana mereka berada di tapak projek sepanjang hari. Jawatan tersebut dilantik oleh konsultan tetapi kerajaan berperanan dalam membayar gaji mereka.
“Gaji sebelum ini dilihat terlalu rendah. Justeru, September lalu kerajaan menyelaraskan gaji mereka sehingga menikmati kenaikan 112 peratus,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak Ketiga Pembinaan Malaysia di sini, hari ini.
Kata Shaziman, penyelia tapak projek adalah wakil pegawai penguasa yang terdiri daripada pegawai profesional dan berperanan menyelia segala aktiviti pembinaan di tapak projek serta menyemak dan meluluskan kerja supaya mematuhi spesifikasi yang ditetapkan 

Tugas Dan Jawatan Jurutera Awam GredJ41

Jurutera (Awam) Gred J41 , Kumpulan: Pengurusan dan Profesional 

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan 

Jadual Gaji: 
P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 – P3T23 RM5306.79 

Syarat Lantikan: 

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik (Awam) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Jurutera (Awam) Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 

mempunyai kelayakan di atas; atau

lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas: 

Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan. 

Tugas pemaju,jurutera,kontraktor dan teknikal

Peranan dan tugas pemaju projek, akitek, jurutera awam, jurutera elektrik, tugas kontraktor dan lain lain yang terlibat dalam pembangunan projek

1)Pemaju projek ialah Syarikat yang mendapat autoriti membangunkan sesuatu tapak untuk tujuan pembangunan/perumahan. Cth ; Tasik Puteri Propeties Sdn Bhd, Talam Corporation , Aima Development, Bumita, Island Penisular. Biasanya mereka adalah kontraktor kelas A, juga mempunyai lesen pemaju.

2)Arkitek ialah profesional yang ada tauliah Lembaga akitek Malaysia, yang di benar merancang, merekabentuk suatu projek binaan. Mereka mempunyai kepakaran dalam lukisan pelan binaan, lukisan pelan tender dan pelan pembangunan, susun atur bangunan di atas peta/tapak projek,

3) Jurutera awam adalah juga yang layak dan ada ijazah dari universiti. Pihak jurutera akan memastikan pembangunan susun atur bangunan, jalan, lorong belakang, longkang, dsbnya mengikut piawaian pembangunan yg tertentu. Beliau akan menyemak pelan pembangunan dan proses pembinaan/pembangunan.

4) Jurutera elektrik ialah seorang yang berkelayakan dalam bidang ini dan mendapat ijazah dalam bidang ini dari universiti. Pihak mereka akan yg memastikan pemasangan elektrik di dalam bangunan, susun atur pemasangan dsb mengikut piawaian / garis panduan.

5) Kontraktor Orang/pihak yang diberikan kuasa dalam kerja kerja pembinaan. Kontraktor di Malaysia perlu berdaftar di Pusat Khidmat Kontraktor PKK dengan syarat pendaftaran ditetapkan PKK. Mereka Mendapat keuntungan menerusi tender pembangunan yg dibuat.

6) Jurutera mekanikal Pihak yg memastikan aspek kejuruteraan yang melibatkan mesin, jentera, mengikut prosedur yang sepatutnya . Ia juga seorang yang layak dan mendapat ijazah dari institusi yang layak dengan bidang ini.

7) Juruukur bahan atau QS, ialah seorang yang pakar dan layak dalam hal kos dan kuantiti bahan suatu projek. mereka juga terlibat dalam pengurusan tender, kawalan kos, bayaran kontraktor dan anggaran kos projek. Mereka juga sebagai penasihat kos dan kawalan kos bagi pihak pemaju atau bagi pihak kontraktor.

8) Tugas penyelia tapak, ialah membantu dan menyelia pembinaan suatu projek 

Peluang kerja dalam industri binaan

Peluang kerja dalam industri binaan
Peluang kerja dalam industri binaan amat luas. Sebab industri ini terus berkembang dan berkembang. Skop kerja meliputi pekerja am, teknikal, ketukangan mahir, separuh mahir, jurutera, penyelia tapak, teknikal am, kemudian berpecah kepada sektor sampingan dan perlu. Secara amnya di bahagi pada kerja awam, kerja bangunan, kerja elektrik bangunan, kerja mekanikal bangunan, kerja pengurusan projek yang melibatkan perunding awam, perunding akitek, perunding ukurbahan, perunding elektrik dan mekanikal.

Dalam pembangunan dan pemajuan projek ia melibat 2 pihak yang utama, iaitu pemaju dan kontraktor. Kemudian bila pembangunan di mulakan ia melibat aktiviti jualan bahan binaan. Maka aktiviti ekonomi bermula dimana perbagai pembekal bahan di perlukan. Misalnya kita bina rumah, maka pembekal atau peniaga yang terlibat ialah:
  1. Simen
  2. Besi
  3. Pasir
  4. Batu
  5. Kayu
  6. Bata
  7. Bumbung
  8. Tingkap
  9. Pintu
  10. Siling
  11. Cat
  12. Perabut
  13. dan banyak lagi pembekal di perlukan
Kalau bina jalan melibatkan pembekal batu, pasir, tanah, konkrit, besi dan banyak lagi terlibat.
Peluang kerja yang lain melibatkan peluang kerja, samada pekerja binaan, pengurusan binaan, kakitangan awam atau swasta dan juga penglibatan peniaga bahan binaan.
Di Malaysia banyak pusat latihan di wujudkan dengan hasrat untuk melatih tenaga mahir dan separuh mahir dalam bidang ini. Antaranya UTM, UiTM, Kolej swasta, Politeknik, CIDB, IKM, Pusat latihan belia, IKBN, dan banyak lagi pusat latihan dalam industri binaan. Peluang kerja memang luas jika kita ada kemahiran dan tahu bagaimana nak memasuki bidang ini.
Contoh latihan di Politeknik

D04 - DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (DKA)

Sinopsis:
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan awam di samping memberi penekanan khusus kepada aspek kaji air, lebuh raya dan pembinaan. Pelajar perlu menghadiri kuliah teori dan melakukan kerja-kerja praktikal di dalam makmal. Pelajar juga perlu menamatkan latihan industri selama enam bulan. Program pengajian meliputi Bahan dan Binaan Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Ukur Kejuruteraan, Teknologi Konkrit, Teori Struktur, Reka bentuk Struktur, Hidraulik dan Hidrologi, Bekalan Air dan Rawatan Air Sisa, Geoteknik, Atur cara Kontrak dan Taksiran, Aplikasi Komputer dan Pengurusan Pembinaan.

Peluang Kerjaya:
Peluang pekerjaan adalah luas di mana graduan dapat ditempatkan di industri pembinaan atau di jabatan-jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik.
  • D10 - DIPLOMA UKUR TANAH (DUT)

    Sinopsis:
    Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ukur tanah khususnya teknik-teknik pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan dan persembahan maklumat kedudukan dan bentuk topografi di bumi. Pelajar perlu menghadiri kuliah, tutorial dan melakukan praktikal di lapangan dan makmal. Pelajar perlu menamatkan latihan industri selama enam bulan. Program pengajian meliputi kursus teras iaitu Ukur Kejuruteraan, Ukur Kadaster, Fotogrametri, Geodesi, Sistem Maklumat Geografi (GIS), Pelarasan Ukur, dan Undang-undang & Pembangunan Tanah di samping kursus elektif seperti Pembangunan Pangkalan Data GIS, Remote Sensing, Alam Sekitar, Statistik dan Asas Pengaturcaraan C++.

    Peluang Kerjaya:
    Peluangnya adalah luas, dapat ditempatkan di firma ukur, pembinaan swasta atau di jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik Ukur.