AMPANG: Lebih baik dirobohkan daripada dibiarkan begitu saja. Itu luahan rata-rata penduduk yang tinggal di sekitar Taman Hillview, di sini, berhubung dua blok Highland Towers yang masih tinggal selepas tragedi runtuhan Blok 1 pada Disember 1993.
Tinjauan Metroplus di lokasi pangsapuri mewah itu mendapati dua blok yang masih tinggal iaitu Blok 2 dan 3 masih kelihatan dalam keadaan baik walaupun hampir kesemua bahagian bangunan berkenaan sudah berkulat berikutan ditinggalkan kira-kira 18 tahun lalu.
Selain itu, tumbuhan menjalar turut ‘menghuni’ dua blok pangsapuri berkenaan yang semakin dimakan usia termasuk keadaan sekeliling blok itu yang sudah boleh dikatakan sebagai hutan kerana dilitupi dengan tumbuhan dan pokok.
Bagi seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Robert, 57, dua blok yang masih ada pernah dijadikan ‘port’ penagihan dadah beberapa tahun lalu namun masalah itu selesai selepas penduduk taman perumahan berkenaan membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Menurutnya, pemantauan pihak berkuasa kerap dilakukan di kawasan terbabit kerana bimbang berlakunya gejala tidak sihat termasuk mungkin berulangnya gejala penagihan dadah di sekitar kawasan tinggalan itu.
“Mengapa perlu dibiarkan lagi dua blok itu. Pada pandangan saya, memang kawasan ini tidak akan dimajukan berikutan tragedi yang pernah berlaku termasuk beberapa faktor lain seperti struktur tanah yang mungkin tidak stabil.
“Selain itu, lebih baik jika pihak yang berkenaan memasang pagar sementara di sekeliling kawasan pangsapuri ini bagi mengelakkan daripada diceroboh oleh individu tertentu yang mungkin mempunyai niat tidak baik sekali gus menghalang aktiviti tidak sihat,” katanya baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Norhayati Ahmad berkata, Taman Hillview termasuk tapak Highland Towers itu memang di bawah pengawasan pihaknya namun sehingga kini status bangunan berkenaan masih tidak diketahui.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat sebarang arahan sama ada daripada kerajaan mahu pun pemaju untuk merobohkan bangunan berkenaan kerana kuasa itu masih terletak di bawah pemaju pangsapuri berkenaan.
“Selalunya, jika ada proses merobohkan bangunan, pemaju akan berjumpa dengan kita ataupun pihak polis kerana ada prosedur tertentu yang perlu dipatuhi tapi sehingga kini kami tidak mengetahui status bangunan berkenaan,” katanya ketika ketika dihubungi.
Translate
Sunday, November 20, 2011
Lapangan terbang baru dibina di Karawang
JAKARTA: Kerajaan memilih Karawang, Jawa Barat sebagai lokasi lapangan terbang baru, kata pegawai daripada Kementerian Pengangkutan, semalam.
“Buat masa ini, kami masih membuat kajian. Dalam awal tahun depan, baru kita dapat mengetahui berapa banyak perbelanjaan yang diperlukan. Bagaimanapun, lokasinya sudah dipilih iaitu di Karawang,” kata Ketua Pengarah kementerian itu untuk pengangkutan udara, Herry Bhakti, semalam sebagaimana dipetik daripada tribunnews.com. Beliau berkata, kerajaan bercadang membina lapangan terbang baru ekoran aduan mengenai perkhidmatan Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Cengkareng yang melebihi kapasiti.
“Lapangan Terbang Soekarno-Hatta mempunyai dua landasan untuk pesawat dan Lapangan Terbang Karawang akan mempunyai tiga landasan,” katanya.
Thursday, October 20, 2011
Projek pembangunan pusat bandar Cyberjaya dianggar RM10 bilion
CYBERJAYA bakal melangkah setapak lagi ke arah menjadi antara bandar raya pintar terkemuka di dunia apabila bermulanya pembangunan pusat bandarnya yang dianggarkan bernilai sehingga RM10 bilion tahun depan.
Pemaju dan pemilik bandaraya pintar di bawah Inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) itu, Cyberview Sdn Bhd sudah pun mengeluarkan tender bagi pembangunan pusat bandar itu 16 September lalu dan menjangka dapat mengumumkan syarikat yang dipilih dalam tempoh enam bulan selepas tarikh tutupnya 21 Disember ini.
“Pusat bandar ini adalah sebahagian perancangan asal Cyberjaya yang dibuat pada 1997 dan kami yakin pembangunannya akan membawa Cyberjaya ke tahap baru,” kata beliau pada sidang media bagi mengumumkan prestasi Cyberjaya 2011 di Cyberjaya, semalam.
Hafidz menjelaskan, pusat bandar yang bakal menjadikan aktiviti di Cyberjaya lebih rancak itu akan dibangunkan di tapak seluas 57.06 hektar antara Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT) dan stesen transit KLIA Putrajaya & Cyberjaya.
Beliau berkata, projek yang akan mengandungi pelbagai jenis hartanah komersial dan enterpris itu akan dibangunkan sebaik semua keputusan pelaburan serta pelan pembangunannya dimuktamadkan dan diluluskan semua pihak berkuasa berkaitan.
Sementara itu, beliau berkata, jumlah pelaburan di Cyberjaya menyusut kepada RM3.04 bilion tahun ini berbanding RM3.1 bilion pada 2010 susulan penurunan jumlah pelaburan komersial.
Namun, katanya, penurunan itu diimbangkan dengan peningkatan dalam pelaburan projek kediaman yang menjadi penyumbang utama jumlah pelaburan Cyberjaya tahun ini.
“Bagi tahun depan, kami yakin nilai pelaburan ini akan meningkat lebih tinggi kepada RM3.73 bilion berdasarkan jumlah pelaburan serta komitmen yang sudah kami terima setakat ini,” katanya.
Sepanjang tahun ini, Cyberjaya mencatatkan nilai pembangunan RM2.42 bilion meningkat 40 peratus berbanding RM1.6 bilion tahun lalu dipacu pembangunan unit kediaman, diikuti jualan tanah enterpris, komersial dan institusi.
Jumlah keluasan tanah yang belum dibangunkan telah berkurangan kepada 29 peratus tahun ini berbanding 50.6 peratus pada 2010, manakala jumlah pembangunan Cyberjaya yang selesai meningkat kepada 27 peratus daripada 23.7 peratus tahun lalu.
Sumber Berita Harian, 21.10.2011
Siling pecah, kipas jatuh
200 bimbang gegaran kuat akibat kerja pecah tanah di Taman Equine 2B
SERDANG: Lebih 200 penduduk di Taman Equine 2B, Seri Kembangan di sini hidup dalam kebimbangan apabila hampir 30 unit rumah bandar mereka mengalami keretakan akibat kerja pembinaan pecah tanah dan batu dilakukan berhampiran perumahan terbabit.
Letupan dilakukan di tapak pembinaan hampir 15 meter daripada perumahan itu dilakukan dua kali sehari sejak dua minggu lalu, menyebabkan gegaran kuat kira-kira dua minit yang pada mulanya disangka gempa bumi.
Penduduk, Susan Tam, 61, berkata letupan di projek pembinaan dilakukan sejak 6 0ktober lalu menyebabkan berlaku kerosakan di rumah mereka termasuk keretakan dinding dan siling pecah. "Malah, kipas juga turut terjatuh apabila siling rumah pecah ekoran gegaran kuat dirasai hampir dua kali setiap hari,” katanya di sini, semalam.
Susan yang tinggal sejak tujuh tahun lalu di situ, berkata penduduk sudah bertemu pemaju perumahan terbabit dan menceritakan masalah dialami, namun sehingga kini kerja letupan masih dijalankan seperti biasa.
“Bila kami maklumkan kepada mereka dan meminta melihat kerosakan dialami, mereka memberi alasan kerosakan itu bukannya kesan letupan dan perlu meneruskan projek berkenaan yang mengambil masa dua minggu lagi.
"Kami bimbang, setiap hari rumah yang rosak semakin meningkat. Sampai bila kami perlu bersabar dan tidak mustahil satu hari nanti, rumah kami runtuh jika letupan itu masih diteruskan,” katanya.
Rakannya, Jennifer Liw, 62, berkata mereka sudah membuat laporan polis berhubung masalah dialami bagi mengelak lebih banyak rumah rosak teruk.
Sementara itu, wakil syarikat Jati Pemborong Am Sdn Bhd yang dilantik pemaju, Lew berkata, projek pembinaan 112 unit rumah berkembar dan banglo di kawasan itu bermula sejak beberapa bulan lalu dan gegaran yang dirasai penduduk perumahan berdekatan ekoran letupan batu dan tanah yang dibuat hampir dua kali sehari.
“Kami mempunyai permit dan kerja dibuat mengikut garis panduan ditetapkan. Mungkin gegaran dirasai ekoran letupan itu, namun ia masih selamat dan tidak menjejaskan keselamatan penduduk.
“Bagaimanapun, kami akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan rumah penduduk dan akan membuat tinjauan di semua rumah yang didakwa mengalami kerosakan teruk itu,” katanya.
sumber berita harian 21.10.2011
SERDANG: Lebih 200 penduduk di Taman Equine 2B, Seri Kembangan di sini hidup dalam kebimbangan apabila hampir 30 unit rumah bandar mereka mengalami keretakan akibat kerja pembinaan pecah tanah dan batu dilakukan berhampiran perumahan terbabit.
Letupan dilakukan di tapak pembinaan hampir 15 meter daripada perumahan itu dilakukan dua kali sehari sejak dua minggu lalu, menyebabkan gegaran kuat kira-kira dua minit yang pada mulanya disangka gempa bumi.
Susan yang tinggal sejak tujuh tahun lalu di situ, berkata penduduk sudah bertemu pemaju perumahan terbabit dan menceritakan masalah dialami, namun sehingga kini kerja letupan masih dijalankan seperti biasa.
“Bila kami maklumkan kepada mereka dan meminta melihat kerosakan dialami, mereka memberi alasan kerosakan itu bukannya kesan letupan dan perlu meneruskan projek berkenaan yang mengambil masa dua minggu lagi.
"Kami bimbang, setiap hari rumah yang rosak semakin meningkat. Sampai bila kami perlu bersabar dan tidak mustahil satu hari nanti, rumah kami runtuh jika letupan itu masih diteruskan,” katanya.
Rakannya, Jennifer Liw, 62, berkata mereka sudah membuat laporan polis berhubung masalah dialami bagi mengelak lebih banyak rumah rosak teruk.
Sementara itu, wakil syarikat Jati Pemborong Am Sdn Bhd yang dilantik pemaju, Lew berkata, projek pembinaan 112 unit rumah berkembar dan banglo di kawasan itu bermula sejak beberapa bulan lalu dan gegaran yang dirasai penduduk perumahan berdekatan ekoran letupan batu dan tanah yang dibuat hampir dua kali sehari.
“Kami mempunyai permit dan kerja dibuat mengikut garis panduan ditetapkan. Mungkin gegaran dirasai ekoran letupan itu, namun ia masih selamat dan tidak menjejaskan keselamatan penduduk.
“Bagaimanapun, kami akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan rumah penduduk dan akan membuat tinjauan di semua rumah yang didakwa mengalami kerosakan teruk itu,” katanya.
sumber berita harian 21.10.2011
Tuesday, October 18, 2011
Tiga binaan nan indah
IDEA SENI...rekaan moden Chiesa di Dio Padre Misericordioso.
Kesinambungan antara seni bina terawal dan terbaru memperlihatkan gabungan idea yang saling mempertahankan keindahan rekaan tanpa batasan.
Kini terdapat beberapa binaan yang mengenengahkan pelbagai idea dari permukaan garisan melengkung garisan, gagah berdiri dan tampil dengan kemasan terbaik.
Chiesa di Dio Padre Misericordioso
PEREKANYA Richard Meier dan disiapkan pada 2003. Terletak di kawasan kediaman berhampiran Tor Tre teste di pinggir pusat Rom. Ia memperlihatkan idea baru yang segar apabila binaannya turut membabitkan tumpuan pada tiga bahagian luaran dinding separuh bulat bagaikan layar besar.
Malah, binaannya turut menggabungkan gaya tradisional Meier dengan rangkaian seni bina mudah dan banyak kombinasi putih diketengahkan.
Gaya berkenaan juga melatari bahagian dalamannya dengan sistem pencahayaan semula jadi sempurna menerusi kehadiran tingkap besar membuatkan segenap ruang tampak luas.
Maison de la Lumiere
KEDIAMAN persendirian di Bologna ini menampilkan hasil kerja arkitek Duilio Damilano.Memberi keutamaan pada aspek kebersihan, hiasan dalaman yang unik di luar penataan biasa pernah diperlihatkan.
Menerusi ciri-ciri seperti jendela tergantung dan bilik besar dengan dinding dibina tiang yang dipisahkan lantai yang luas, siling, struktur mempamerkan kedua-duanya kontemporari dan ruang yang mempunyai kesinambungan tersendiri.
Hakikatnya keseluruhan Itali dipenuhi gaya seni bina Mediterranean yang unik dan menarik.
Ia antara rekaan kontemporari hebat sedikit lari daripada gaya Itali stereotaip yang anda lihat sebelum ini.
Menerusi ruang terbuka yang menakjubkan, binaan kolam renang kristal biru dan penampilan perabot moden dan mewah.
Auditorium Parco della Musica
DIREKA Renzo Piano, antara arkitek terkenal di Itali dengan mempamerkan hasil idea dinding arked bersama aliran organik.
Ia juga menempatkan kompleks muzik tiga dewan dan amphiteater luar yang siap pada 2002 di utara Rom.
Tapak asalnya dibangunkan untuk Sukan Olimpik 1960 itu cukup besar ruang bagi membenarkan pembinaan seterusnya.
Malah, tiga dewan muzik itu dibina berbeza dari segi saiz sementara Santa Cecilia Hall boleh digunakan untuk konsert simfoni orkestra.
Dewan Sinopoli pula tampil fleksibiliti akustik yang lebih besar, lebih sesuai untuk pelbagai genre muzik.
Ini kerana kedudukan orkestra boleh diubah suai kepada penonton.
Hall Petrassi memenuhi genre muzik yang lebih kontemporari, persembahan teater dan pawagam.
Binaan yang unik itu membolehkan kedua-dua sumber muzik dan penonton digabungkan dengan persekitaran dan gema bunyi sempurna.
Sunday, October 16, 2011
Simen atau konkrit?
Kemasan lantai emej penataan
KESELESAAN kaki kala memijak lantai menandakan kemasan dipilih memberi keselesaan dan selamat misalnya tidak mudah tergelincir sekali gus memberi membolehkan anda menikmati keindahan ruang kediaman.
Selain itu, permukaan lantai turut membentuk identiti dan gaya bagi memenuhi konsep, keperluan dan nilai praktikal kediaman impian, Ia bukan sekadar latar ruang bahkan memberi kepuasan dari segi tarikan estetika serta ketahanan. Ada pelbagai pilihan bahan kemasan mengikut kesesuaian konsep reka bentuk dalaman, seni bina serta aktiviti dijalankan. Misalnya, bagi lantai bilik air yang sentiasa basah, pilihan bahan wajib jenis tidak meresap air dan permukaannya tidak licin.Pilihan jenis bahan serta kemasan sebaiknya dipastikan berkualiti. Antara kriteria pemilihan termasuk tahan lasak khasnya membabitkan ruang sering digunakan, kos penggunaan bahan, pemasangan dan penyelenggaraan membabitkan tenaga, masa, perbelanjaan menawarkan nilai estetika dan praktikal terutama dari aspek seni bina. Selain itu, kawalan penyerapan kesan bunyi dan akustik, kemampuan mengasing dan menyerap cahaya sekali gus memberikan kesan menarik di ruang serta memenuhi kod kawalan kebakaran dan keselamatan ditetapkan.
Kemasan simen dan konkrit
Ia meliputi simen pasir, simen berbatu dan simen bertekstur. Ciri-ciri kemasan ini mengambil kira jumlah batuan serta pasir dihasilkan. Sama ada batuan lembut, kecil atau berpasir yang disusun pada permukaan konkrit basah, kemasannya nampak lebih menyerlah. Sebahagian konkrit ini tidak disiram air bagi menonjolkan kuantiti batunya sekali gus membuatkannya dikenali sebagai batu kecil atau batuan konkrit.
Bagi aplikasinya, ia lazimnya mengalami proses penurapan pada bahagian dalaman dan luaran, tidak kira ia lantai kediaman atau bukan kediaman. Ia amat praktikal menahan geseran dan tidak licin menyebabkannya ditonjolkan sebagai permukaan tangga dan lantai luar seperti kolam renang dan tempat meletak kereta.
Kelebihan
* Mudah diselenggara kerana gunakan bahan berpatutan harganya.
* Boleh digabungkan dengan kemasan lain membentuk corak lantai menarik khasnya diadun bentuk susunan batu.
* Kemasan simen jenis pasir halus amat sesuai untuk ruang dalam berbanding kemasan berbatu yang menyakitkan ketika dipijak.
* Bagi jenis kasar, ia elok dijadikan lantai luar khasnya yang menawarkan ciri tahan geseran.
* Simen menampilkan jalinan tekstur sangat popular bagi ruang berkonsepkan Meditterranean, ala Mexico atau Amerika Latin.
Kelebihan kemasan keras
Bahan kemasan keras seperti lantai simen, konkrit dan lain-lain kemasan misalnya batu, jubin, dan kayu turut mempunyai kelebihan masing-masing.
Antaranya:
* Kekuatan dan tahan lama.
* Tidak menyerap selain kedap haba panas serta hujan.
* Mudah diselenggara dan dibersihkan.
* Kekal imej klasik yang mampu bertahan lama.
* Bergaya dan sesuai bagi kegunaan formal dan tidak formal.
* Strukturnya mempunyai unsur dekorasi, tekstur sekali gus menyediakan kesan reka bentuk dalaman menarik.
* Berupaya menyajikan struktur binaan sebagai kemasan lantai terbaik.
Kekurangannya
* Kos tinggi khasnya yang berkualiti dan tahan lama. Ini turut membabitkan pemasangan lantai sokongan.
* Berciri tegar sekali gus mendatangkan bahaya bagi objek sekiranya jatuh di atas permukaannya.
* Penggunaan bahan keras mendatangkan kesan bunyi bising.
* Sejuk - keupayaan menyerap haba sejuk dengan mudah namun akan panas apabila disinari cahaya matahari.

Teras siling
Kemasan siling yang dipilih perlu selamat, lasak dan sesuai.
Kemasannya bahan tak sesuai hanya cacatkan pandangan ruang
SILING adalah struktur bahagian atas ruang dalaman dan bertindak sebagai bahagian bawah bumbung selain menyembunyikan elemen seperti saluran elektrik, penghawa dingin, pembesar suara, perenjis air ketika kebakaran dan sebagainya.
Namun pada masa sama, siling turut menjadi teras bagi membolehkan aksesori hiasan dalaman berfungsi seperti lampu dan kipas.Rekaan siling bergantung kepada ketinggiannya. Justeru, pereka dalaman yang bijak pasti akan mengambil kira ketinggian dulu diikuti material, keperluan lampu, kipas dan penghawa dingin.
Kemasan siling perlu menarik membabitkan estetika warna, tekstur serta corak dan lazimnya ia ditentukan oleh pilihan bahan kemasannya. Tanpa kemasan sesuai dikhuatiri menyumbang kepada kecacatan pemandangan ruang secara menyeluruh.
Bahan dan kemasan adalah komponen penting elemen reka bentuk dalaman dan berupaya mendefinisikan fungsi sesuatu ruang dalaman. Pemilihannya dapat menguatkan konsep reka bentuk, memberi kesan kepada ruang, pandangan visual serta ekspresi kualiti, bentuk dan gaya.
Justeru, penggunaannya perlu dipastikan memenuhi beberapa kriteria berikut:
Fungsi
Estetika
Ekonomi
Ada dua jenis siling menghiasi ruang kediaman iaitu:
Ia adalah siling yang terhasil daripada permukaan bawah lantai konkrit dan kemasan lazimnya cat air. Namun, ada juga kemasan lapis atau papan gipsum yang dibina secara terus.
Siling gantung tanpa penyambung diperbuat dari papan gipsum dan sambungannya dilepa dengan kapur (gipsum) dan dicat. Ia adalah siling yang dibina dan digantung pada siling konkrit. Lazimnya struktur gantungan menggunakan besi dawai (galvanis) atau kayu bergantung jenis kemasan bagi permukaan siling itu.
Kemasan siling pula dibahagikan kepada kategori berikut:
INFO: Tip rekaan/binaan tambahan bagi mencantikkan siling
Ia membentuk fokal selain meninggikan siling. Rekaan corak menarik sekeliling kubah diperbuat daripada bahan poliester dan gentian kaca seterusnya hiasannya berupa lampu gantung dan kipas siling.
Ia membantu mencantikkan siling selain membentuk titik tumpu. Ia juga berfungsi sebagai pembahagi ruang, membentuk titik fokus selain menggantikan binaan kubah yang tidak dapat dibina akibat tinggi siling terhad. Binaan panel tengah hanya membabitkan kumai hias yang dicorakkan bentuk bulatan. Di tengahnya dipasang lampu gantung dan kipas.
Fungsinya adalah untuk menutup dan mencantikkan sambungan dinding serta siling. Ukurannya bergantung ketinggian siling dan luas ruang. Patuhi nisbah yang betul supaya birai tidak nampak terlalu kecil atau besar.
Binaannya membabitkan sudut tiang dan penjuru tepi rumah serta dinding. Ia tidak mempunyai fungsi tertentu melainkan sekadar hiasan.
Subscribe to:
Posts (Atom)