Translate

Thursday, October 20, 2011

Projek pembangunan pusat bandar Cyberjaya dianggar RM10 bilion

pix_gal0
Projek pembangunan pusat bandar Cyberjaya dianggar RM10 bilion

CYBERJAYA bakal melangkah setapak lagi ke arah menjadi antara bandar raya pintar terkemuka di dunia apabila bermulanya pembangunan pusat bandarnya yang dianggarkan bernilai sehingga RM10 bilion tahun depan.

Pemaju dan pemilik bandaraya pintar di bawah Inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) itu, Cyberview Sdn Bhd sudah pun mengeluarkan tender bagi pembangunan pusat bandar itu 16 September lalu dan menjangka dapat mengumumkan syarikat yang dipilih dalam tempoh enam bulan selepas tarikh tutupnya 21 Disember ini.
“Tender itu bertujuan mendapatkan cadangan pelan induk serta aturan komersial yang terbaik sesuai dengan kedudukan Cyberjaya sebagai pusat pelaburan strategik negara,” kata Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd, Ir Hafidz Hashim.
“Walaupun kami sudah mempunyai idea bagi pembangunan pusat komersial yang akan menjadi pusat bandar Cyberjaya itu, kami berharap tender itu akan mengumpulkan idea dan pandangan terbaik daripada pemaju sendiri.

“Pusat bandar ini adalah sebahagian perancangan asal Cyberjaya yang dibuat pada 1997 dan kami yakin pembangunannya akan membawa Cyberjaya ke tahap baru,” kata beliau pada sidang media bagi mengumumkan prestasi Cyberjaya 2011 di Cyberjaya, semalam.

Hafidz menjelaskan, pusat bandar yang bakal menjadikan aktiviti di Cyberjaya lebih rancak itu akan dibangunkan di tapak seluas 57.06 hektar antara Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT) dan stesen transit KLIA Putrajaya & Cyberjaya.

Beliau berkata, projek yang akan mengandungi pelbagai jenis hartanah komersial dan enterpris itu akan dibangunkan sebaik semua keputusan pelaburan serta pelan pembangunannya dimuktamadkan dan diluluskan semua pihak berkuasa berkaitan.
Sementara itu, beliau berkata, jumlah pelaburan di Cyberjaya menyusut kepada RM3.04 bilion tahun ini berbanding RM3.1 bilion pada 2010 susulan penurunan jumlah pelaburan komersial.

Namun, katanya, penurunan itu diimbangkan dengan peningkatan dalam pelaburan projek kediaman yang menjadi penyumbang utama jumlah pelaburan Cyberjaya tahun ini.

“Bagi tahun depan, kami yakin nilai pelaburan ini akan meningkat lebih tinggi kepada RM3.73 bilion berdasarkan jumlah pelaburan serta komitmen yang sudah kami terima setakat ini,” katanya.

Sepanjang tahun ini, Cyberjaya mencatatkan nilai pembangunan RM2.42 bilion meningkat 40 peratus berbanding RM1.6 bilion tahun lalu dipacu pembangunan unit kediaman, diikuti jualan tanah enterpris, komersial dan institusi.

Jumlah keluasan tanah yang belum dibangunkan telah berkurangan kepada 29 peratus tahun ini berbanding 50.6 peratus pada 2010, manakala jumlah pembangunan Cyberjaya yang selesai meningkat kepada 27 peratus daripada 23.7 peratus tahun lalu.


Sumber Berita Harian, 21.10.2011

Siling pecah, kipas jatuh

200 bimbang gegaran kuat akibat kerja pecah tanah di Taman Equine 2B

SERDANG: Lebih 200 penduduk di Taman Equine 2B, Seri Kembangan di sini hidup dalam kebimbangan apabila hampir 30 unit rumah bandar mereka mengalami keretakan akibat kerja pembinaan pecah tanah dan batu dilakukan berhampiran perumahan terbabit.

Letupan dilakukan di tapak pembinaan hampir 15 meter daripada perumahan itu dilakukan dua kali sehari sejak dua minggu lalu, menyebabkan gegaran kuat kira-kira dua minit yang pada mulanya disangka gempa bumi.
Penduduk, Susan Tam, 61, berkata letupan di projek pembinaan dilakukan sejak 6 0ktober lalu menyebabkan berlaku kerosakan di rumah mereka termasuk keretakan dinding dan siling pecah.
"Malah, kipas juga turut terjatuh apabila siling rumah pecah ekoran gegaran kuat dirasai hampir dua kali setiap hari,” katanya di sini, semalam.
Susan yang tinggal sejak tujuh tahun lalu di situ, berkata penduduk sudah bertemu pemaju perumahan terbabit dan menceritakan masalah dialami, namun sehingga kini kerja letupan masih dijalankan seperti biasa.

“Bila kami maklumkan kepada mereka dan meminta melihat kerosakan dialami, mereka memberi alasan kerosakan itu bukannya kesan letupan dan perlu meneruskan projek berkenaan yang mengambil masa dua minggu lagi.

"Kami bimbang, setiap hari rumah yang rosak semakin meningkat. Sampai bila kami perlu bersabar dan tidak mustahil satu hari nanti, rumah kami runtuh jika letupan itu masih diteruskan,” katanya.
Rakannya, Jennifer Liw, 62, berkata mereka sudah membuat laporan polis berhubung masalah dialami bagi mengelak lebih banyak rumah rosak teruk.

Sementara itu, wakil syarikat Jati Pemborong Am Sdn Bhd yang dilantik pemaju, Lew berkata, projek pembinaan 112 unit rumah berkembar dan banglo di kawasan itu bermula sejak beberapa bulan lalu dan gegaran yang dirasai penduduk perumahan berdekatan ekoran letupan batu dan tanah yang dibuat hampir dua kali sehari.

“Kami mempunyai permit dan kerja dibuat mengikut garis panduan ditetapkan. Mungkin gegaran dirasai ekoran letupan itu, namun ia masih selamat dan tidak menjejaskan keselamatan penduduk.

“Bagaimanapun, kami akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan rumah penduduk dan akan membuat tinjauan di semua rumah yang didakwa mengalami kerosakan teruk itu,” katanya.


sumber berita harian 21.10.2011

Tuesday, October 18, 2011

Tiga binaan nan indah


IDEA SENI...rekaan moden Chiesa di Dio Padre Misericordioso.
MENILAI kehebatan seni bina moden di Itali memerlukan sedikit perincian berikutan tahap perkembangannya yang turut melewati binaan terdahulu.
Kesinambungan antara seni bina terawal dan terbaru memperlihatkan gabungan idea yang saling mempertahankan keindahan rekaan tanpa batasan.

Kini terdapat beberapa binaan yang mengenengahkan pelbagai idea dari permukaan garisan melengkung garisan, gagah berdiri dan tampil dengan kemasan terbaik.




Chiesa di Dio Padre Misericordioso

PEREKANYA Richard Meier dan disiapkan pada 2003. Terletak di kawasan kediaman berhampiran Tor Tre teste di pinggir pusat Rom.

Ia memperlihatkan idea baru yang segar apabila binaannya turut membabitkan tumpuan pada tiga bahagian luaran dinding separuh bulat bagaikan layar besar.

Malah, binaannya turut menggabungkan gaya tradisional Meier dengan rangkaian seni bina mudah dan banyak kombinasi putih diketengahkan.

Gaya berkenaan juga melatari bahagian dalamannya dengan sistem pencahayaan semula jadi sempurna menerusi kehadiran tingkap besar membuatkan segenap ruang tampak luas.


Maison de la Lumiere

KEDIAMAN persendirian di Bologna ini menampilkan hasil kerja arkitek Duilio Damilano.

Memberi keutamaan pada aspek kebersihan, hiasan dalaman yang unik di luar penataan biasa pernah diperlihatkan.

Menerusi ciri-ciri seperti jendela tergantung dan bilik besar dengan dinding dibina tiang yang dipisahkan lantai yang luas, siling, struktur mempamerkan kedua-duanya kontemporari dan ruang yang mempunyai kesinambungan tersendiri.

Hakikatnya keseluruhan Itali dipenuhi gaya seni bina Mediterranean yang unik dan menarik.

Ia antara rekaan kontemporari hebat sedikit lari daripada gaya Itali stereotaip yang anda lihat sebelum ini.

Menerusi ruang terbuka yang menakjubkan, binaan kolam renang kristal biru dan penampilan perabot moden dan mewah.


Auditorium Parco della Musica

DIREKA Renzo Piano, antara arkitek terkenal di Itali dengan mempamerkan hasil idea dinding arked bersama aliran organik.

Ia juga menempatkan kompleks muzik tiga dewan dan amphiteater luar yang siap pada 2002 di utara Rom.

Tapak asalnya dibangunkan untuk Sukan Olimpik 1960 itu cukup besar ruang bagi membenarkan pembinaan seterusnya.

Malah, tiga dewan muzik itu dibina berbeza dari segi saiz sementara Santa Cecilia Hall boleh digunakan untuk konsert simfoni orkestra.

Dewan Sinopoli pula tampil fleksibiliti akustik yang lebih besar, lebih sesuai untuk pelbagai genre muzik.

Ini kerana kedudukan orkestra boleh diubah suai kepada penonton.

Hall Petrassi memenuhi genre muzik yang lebih kontemporari, persembahan teater dan pawagam.

Binaan yang unik itu membolehkan kedua-dua sumber muzik dan penonton digabungkan dengan persekitaran dan gema bunyi sempurna.

Sunday, October 16, 2011

Simen atau konkrit?

Kemasan lantai emej penataan 

KESELESAAN kaki kala memijak lantai menandakan kemasan dipilih memberi keselesaan dan selamat misalnya tidak mudah tergelincir sekali gus memberi membolehkan anda menikmati keindahan ruang kediaman.

Selain itu, permukaan lantai turut membentuk identiti dan gaya bagi memenuhi konsep, keperluan dan nilai praktikal kediaman impian, Ia bukan sekadar latar ruang bahkan memberi kepuasan dari segi tarikan estetika serta ketahanan. Ada pelbagai pilihan bahan kemasan mengikut kesesuaian konsep reka bentuk dalaman, seni bina serta aktiviti dijalankan. Misalnya, bagi lantai bilik air yang sentiasa basah, pilihan bahan wajib jenis tidak meresap air dan permukaannya tidak licin.
Pilihan jenis bahan serta kemasan sebaiknya dipastikan berkualiti. Antara kriteria pemilihan termasuk tahan lasak khasnya membabitkan ruang sering digunakan, kos penggunaan bahan, pemasangan dan penyelenggaraan membabitkan tenaga, masa, perbelanjaan menawarkan nilai estetika dan praktikal terutama dari aspek seni bina. Selain itu, kawalan penyerapan kesan bunyi dan akustik, kemampuan mengasing dan menyerap cahaya sekali gus memberikan kesan menarik di ruang serta memenuhi kod kawalan kebakaran dan keselamatan ditetapkan. 

Kemasan simen dan konkrit 

Ia meliputi simen pasir, simen berbatu dan simen bertekstur. Ciri-ciri kemasan ini mengambil kira jumlah batuan serta pasir dihasilkan. Sama ada batuan lembut, kecil atau berpasir yang disusun pada permukaan konkrit basah, kemasannya nampak lebih menyerlah. Sebahagian konkrit ini tidak disiram air bagi menonjolkan kuantiti batunya sekali gus membuatkannya dikenali sebagai batu kecil atau batuan konkrit. 

Bagi aplikasinya, ia lazimnya mengalami proses penurapan pada bahagian dalaman dan luaran, tidak kira ia lantai kediaman atau bukan kediaman. Ia amat praktikal menahan geseran dan tidak licin menyebabkannya ditonjolkan sebagai permukaan tangga dan lantai luar seperti kolam renang dan tempat meletak kereta. 
Kelebihan 

* Mudah diselenggara kerana gunakan bahan berpatutan harganya. 

* Boleh digabungkan dengan kemasan lain membentuk corak lantai menarik khasnya diadun bentuk susunan batu. 

* Kemasan simen jenis pasir halus amat sesuai untuk ruang dalam berbanding kemasan berbatu yang menyakitkan ketika dipijak. 

* Bagi jenis kasar, ia elok dijadikan lantai luar khasnya yang menawarkan ciri tahan geseran. 

* Simen menampilkan jalinan tekstur sangat popular bagi ruang berkonsepkan Meditterranean, ala Mexico atau Amerika Latin. 

Kelebihan kemasan keras 

Bahan kemasan keras seperti lantai simen, konkrit dan lain-lain kemasan misalnya batu, jubin, dan kayu turut mempunyai kelebihan masing-masing. 
Antaranya: 

* Kekuatan dan tahan lama. 

* Tidak menyerap selain kedap haba panas serta hujan. 

* Mudah diselenggara dan dibersihkan. 

* Kekal imej klasik yang mampu bertahan lama. 

* Bergaya dan sesuai bagi kegunaan formal dan tidak formal. 

* Strukturnya mempunyai unsur dekorasi, tekstur sekali gus menyediakan kesan reka bentuk dalaman menarik. 

* Berupaya menyajikan struktur binaan sebagai kemasan lantai terbaik. 

Kekurangannya 

* Kos tinggi khasnya yang berkualiti dan tahan lama. Ini turut membabitkan pemasangan lantai sokongan. 

* Berciri tegar sekali gus mendatangkan bahaya bagi objek sekiranya jatuh di atas permukaannya. 

* Penggunaan bahan keras mendatangkan kesan bunyi bising. 

* Sejuk - keupayaan menyerap haba sejuk dengan mudah namun akan panas apabila disinari cahaya matahari.

Teras siling

Foto


Foto
Kemasan siling yang dipilih perlu selamat, lasak dan sesuai.





Kemasannya bahan tak sesuai hanya cacatkan pandangan ruang 

SILING adalah struktur bahagian atas ruang dalaman dan bertindak sebagai bahagian bawah bumbung selain menyembunyikan elemen seperti saluran elektrik, penghawa dingin, pembesar suara, perenjis air ketika kebakaran dan sebagainya.

Namun pada masa sama, siling turut menjadi teras bagi membolehkan aksesori hiasan dalaman berfungsi seperti lampu dan kipas.
Rekaan siling bergantung kepada ketinggiannya. Justeru, pereka dalaman yang bijak pasti akan mengambil kira ketinggian dulu diikuti material, keperluan lampu, kipas dan penghawa dingin.

Kemasan siling perlu menarik membabitkan estetika warna, tekstur serta corak dan lazimnya ia ditentukan oleh pilihan bahan kemasannya. Tanpa kemasan sesuai dikhuatiri menyumbang kepada kecacatan pemandangan ruang secara menyeluruh.

Bahan dan kemasan adalah komponen penting elemen reka bentuk dalaman dan berupaya mendefinisikan fungsi sesuatu ruang dalaman. Pemilihannya dapat menguatkan konsep reka bentuk, memberi kesan kepada ruang, pandangan visual serta ekspresi kualiti, bentuk dan gaya. 

Justeru, penggunaannya perlu dipastikan memenuhi beberapa kriteria berikut: 
Fungsi

  • Ia haruslah selamat dan selesa, tahan lasak, mudah dibersihkan, dijaga dan dibaiki. Pada masa sama, ia juga harus memiliki darjah ketahanan kebakaran dan kesesuaian dari segi nilai akustik.

    Estetika

  • Nilai kecantikan dari segi warna dan keadaan semula jadi dengan sesuatu kawasan

  • Tekstur sesuatu bahan

  • Kesesuaian corak dan rekaan.

    Ekonomi

  • Kos awalan diperlukan serta pemasangan

  • Kos sepanjang hayat yang mengutarakan ketahanan bahan selain belanja membersih, menjaga, membaiki dan serta mengganti jika perlu.

    Ada dua jenis siling menghiasi ruang kediaman iaitu:

  • Siling Konkrit Asal
    Ia adalah siling yang terhasil daripada permukaan bawah lantai konkrit dan kemasan lazimnya cat air. Namun, ada juga kemasan lapis atau papan gipsum yang dibina secara terus.

  • Siling gantung
    Siling gantung tanpa penyambung diperbuat dari papan gipsum dan sambungannya dilepa dengan kapur (gipsum) dan dicat. Ia adalah siling yang dibina dan digantung pada siling konkrit. Lazimnya struktur gantungan menggunakan besi dawai (galvanis) atau kayu bergantung jenis kemasan bagi permukaan siling itu. 

    Kemasan siling pula dibahagikan kepada kategori berikut:

  • Tanpa penyambung 

  • Berpanel - diperbuat daripada kepingan bod simen.

  • Jejalur - diperbuat daripada logam atau papan jalur.

  • Terbuka - diperbuat daripada logam atau kayu dengan corak yang berongga.

  • Dekoratif - diperbuat daripada papan gipsum dengan panel dekoratif menghiasi permukaan kumai serta siling.

    INFO: Tip rekaan/binaan tambahan bagi mencantikkan siling

  • Kubah
    Ia membentuk fokal selain meninggikan siling. Rekaan corak menarik sekeliling kubah diperbuat daripada bahan poliester dan gentian kaca seterusnya hiasannya berupa lampu gantung dan kipas siling.

  • Panel Tengah
    Ia membantu mencantikkan siling selain membentuk titik tumpu. Ia juga berfungsi sebagai pembahagi ruang, membentuk titik fokus selain menggantikan binaan kubah yang tidak dapat dibina akibat tinggi siling terhad. Binaan panel tengah hanya membabitkan kumai hias yang dicorakkan bentuk bulatan. Di tengahnya dipasang lampu gantung dan kipas. 

  • Birai Hias
    Fungsinya adalah untuk menutup dan mencantikkan sambungan dinding serta siling. Ukurannya bergantung ketinggian siling dan luas ruang. Patuhi nisbah yang betul supaya birai tidak nampak terlalu kecil atau besar. 

  • Penyangga (corbel)
    Binaannya membabitkan sudut tiang dan penjuru tepi rumah serta dinding. Ia tidak mempunyai fungsi tertentu melainkan sekadar hiasan. 
  • Wednesday, July 27, 2011

    Dua Kejahatan Di Segerakan Balasannya Di Dunia


    Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.”
    (Hadis riwayat at-Tirmizi)

    Berdasarkan hadis di atas jelaslah bahawa balasan kepada kedua-dua maksiat tersebut di atas akan mendapat balasannya secara tunai di dunia ini sebelum azab yang lebih dahsyat akan diterimanya di hari akhirat nanti.

    Dua dosa besar iaitu melakukan zina dan menderhaka kepada dua orang tua adalah perbuatan dosa yang tidak ditangguhkan Allah hingga hari kiamat tetapi diberi balasan kerana perbuatan tersebut meroskan keturunan dan menafikan hak dan kemuliaan orang tua yang melahirkan dan membesarkannya.

    Pertama : Kejahatan zina.

    Dalam sebuah hadis, baginda s.a.w. ada bersabda maksudnya : "Wahai orang yang beriman, takutilah kamu akan zina, kerana akibat daripadanya ada enam perkara, tiga di dunia dan tiga lagi akan berlaku di akhirat.

    Ada pun yang berlaku di dunia ialah :

    1. kehilangan keceriaan wajah,

    2. pendek umur dan

    3. sentiasa dalam keadaan susah.


    Manakala tiga balasan di akhirat ialah :

    1. kemurkaan Allah,

    2. balasan yang buruk, juga

    3. azab di Neraka. "

    Rasulullah menjelaskan bahawa apabila seseorang itu berzina, maka akan keluarlah iman daripada dirinya seumpama awan yang melindungi atas kepalanya, kemudian apabila ia hilang, iman itu kembali semula.

    Dalam sebuah hadis lain, riwayat Al-Hakim, baginda bersabda maksudnya : "Barang siapa berzina ataupun minum arak, Allah cabutkan daripadanya iman, seumpama manusia menanggalkan pakaian daripada kepalanya."

    Hadis-hadis di atas dan juga hadis-hadis lain yang tidak dijelaskan di sini menyatakan bahawa seorang hamba yang melakukan zina, imannya telah keluar daripada dirinya. Bermaksud andainya dia benar-benar beriman kepada Allah, dia tidak akan berzina.

    Apabila seseorang itu telah terjebak dengan zina, dia akan ketagih dan sentiasa terangsang. Tidak ada sesuatu pun yang hendak ditakutkan, lebih-lebih lagi sekiranya kedua-dua pihak pandai menyimpan rahsia, tidak mengandung dan tidak ditangkap basah. Walaupun demikian, sekiranya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah dan memahami hukum syariah, dia akan memahami bahawa zina itu adalah termasuk dalam salah satu dosa besar yang membinasakan.

    Sekiranya seseorang itu terlepas daripada balasan dunia, kerana undang-undang itu tidak dilaksanakan, tiada undang-undang zina atau kerana sebab lain, balasan di akhirat tetap sedia menanti kecuali mereka yang bertaubat.

    Allah berfirman maksudnya : "Mereka yang tidak menyembah Tuhan yang lain selain Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian, nescaya dia mendapat balasan dosanya, akan digandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan hina, kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh, kejahatan mereka diganti oleh Allah dengan kebajikan. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."
    (Surah al- Furqan ayat 68-70).

    Bukan sahaja perbuatan zina itu larangan Allah, bahkan berjinak-jinak dengan punca-punca terjadinya zina juga dilarang.

    Firman Allah s.w.t maksudnya : "Jangan kamu hampiri perbuatan zina kerana ia adalah kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan."
    (Surah Al-Isra’ ayat 32)

    Imam Ahmad mengatakan:
    ”Aku tidak tahu ada dosa yang lebih besar setelah membunuh jiwa daripada zina.”

    Kepapaan boleh berlaku kerana perbuatan zina menyebabkan lahirnya anak zina yang tiada hak untuk mendapat harta pusaka.

    Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya : ”Yang paling banyak menjerumuskan manusia ke dalam Neraka adalah mulut dan kemaluan.” (Riwayat Tirmizi)

    Ibnu Mas’ud r.a berkata: ”Tidaklah muncul riba dan zina pada suatu daerah kecuali Allah akan mengizinkan kehancurannya.”

    Akibat daripada berleluasanya zina maka lahir penyakit berjangkit dan kerosakan akhlak dalam masyarakat. Ia menimbulkan pecah belah keluarga dan krisis rumah tangga. Dan kerosakan keturunan manusia dengan lahirnya anak tak sah taraf (anak luar nikah). Kesemua ini menyebabkan keruntuhan budaya dan tamadun hidup manusia. Apabila berlaku demikian, hati tertutup untuk menerima taufiq dan hidayah daripada Allah s.a.w. .Memohonlah keampunan daripada Allah s.w.t. atas segala kemungkaran yang telah dilakukan dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha).

    Islam memandang jenayah zina sebagai satu jenayah yang sangat keji dan tidak bermoral. Ia bukan sahaja membiakkan penyakit berjangkit seperti AIDS dan Siplis tetapi juga merosakkan sistem kekeluargaan, menghancurkan rumahtangga, menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat, melahirkan jenayah rogol yang berleluasa, wujudnya anak luar nikah tanpa bapa sekaligus membawa kepada pembunuhan bayi yang tidak berdosa.

    Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Jika zina dan riba sudah muncul di suatu qaryah bererti mereka sudah menghalalkan diri mereka untuk diseksa oleh Allah s.w.t."

    Sabda Nabi saw lagi maksudnya : “Tidak ada sebarang dosa yang lebih besar selepas syirik selain daripada setitik air mani yang ditumpahkan oleh seseorang ke dalam rahim yang tidak halal baginya”.

    Sebuah lagi hadis maksudnya : “ Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi mengutuk orang yang berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam Neraka dapat mengganggu ahli Neraka kerana sangat busuknya. ”

    Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan janganlah kamu menghampiri zina, (kerana) sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan membawa kerosakkan."
    (Surah Al-Israk ayat 32)

    Berdasarkan ayat ini apa sahaja perbuatan yang boleh membawa kepada gejala zina seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pendedahan aurat, membaca buku-buku dan majalah lucah, melawati laman-laman web lucah serta menonton VCD / DVD yang membangkitkan selera syahwat hukumnya adalah haram.

    Sahabat,
    Marilah kita jauhi dan cuba membaiki masyarakat kita supaya gejala sosial yang parah seperti berzina ini dapat kita elakkan berlaku. Semua pihak samaada ibu bapa, guru-guru, jabatan agama Islam, jemaah Islam, persatuan bukan kerajaan (Islam), pihak penguasa polis . Rela, majlis perbandaran dan ahli jawatan kuasa masjid hendaklah bersatu tenaga menyekat dan menghalang daripada perkara maksiat berlaku dimerata tempat. Ketegasan pihak berkuasa adalah amat diperlukan untuk mengenakan undang-undang yang lebih tegas untuk mereka-mereka yang berdua-duaan dan menghampiri zina. Sekiranya diperingkat awal dapat dicegah maka gejala zina dan buang anak akan dapat di atasi insya Allah.

    Kedua : Kejahatan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

    Islam meletakkan kewajipan terhadap setiap anak agar mentaati ibu dan bapa. Perintah itu bukan setakat meletakkan seseorang anak melakukan kebaikan, tetapi sebagai bukti keimanan dan ketaqwaan.

    Sesiapa yang menderhaka terhadap ibu bapanya bakal menjerumuskan dirinya ke dalam api Neraka.

    Firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa.”
    (Surah al-Ahqaaf, ayat 15)

    Firman-Nya lagi bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga sama ada yang dekat atau yang jauh, rakan karib dan ibnu sabil, serta hamba sahaya.”
    (Surah an-Nisa, ayat 36)

    Jelas, betapa pentingnya setiap anak menghormati ibu bapanya. Sesiapa yang derhaka terhadap ibu bapanya, maka Allah memberi balasan azab di dunia lagi.

    Rasulullah menjelaskan orang yang tidak menghormati orang tua sebagai bukan daripada golongan Muslim.

    Sabda Rasulullah bermaksud: “Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.”
    (Hadis riwayat Tabrani).

    Hadis itu menjelaskan ‘tidak menghormati orang tua’ sudah dianggap boleh bukan daripada golongan Muslim. Apa lagi jika tidak menghormati orang tua yang menjadi ibu bapa sendiri. Kini menular gejala anak menganggap satu beban terpaksa menjaga atau melayan kerenah ibu bapa atau salah seorangnya. Tidak kurang juga kes anak menjadikan ibu atau bapa tidak ubah seperti orang gaji.

    Menyakiti hati ibu bapa satu dosa besar. Apatah lagi dalam kes yang mana anak melakukan perbuatan yang mencederakan fizikal ibu bapa. Undang-undang manusia juga melarang sebarang perbuatan mencederakan fizikal terhadap seseorang. Hukuman daripada Allah tentulah lagi besar menanti di akhirat.

    Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat berkat dalam kehidupan. Perhatikan nasib mereka yang membelakangi ibu bapa dalam kehidupan. Biarpun, secara luaran nampak ceria dan berjaya, hakikatnya mereka dalam pembalasan daripada Allah.

    Pelbagai bentuk pembalasan daripada Allah diperlihatkan kepada anak derhaka. Kemelut kehidupan yang dihadapi kebanyakan manusia sekarang berpunca daripada menderhaka kepada ibu bapa.

    Allah bukan saja melarang melakukan perbuatan yang secara nyata menyakiti hati dan fizikal ibu bapa, bahkan menyebut perkataan ‘kasar’ juga ditegah. Allah memerintahkan agar anak bercakap dengan bahasa yang baik dengan ibu bapa.

    Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.”
    (Surah al-Isra, ayat 23).

    Kewajipan anak terhadap ibu bapa berterusan biarpun ibu bapa sudah lama meninggal dunia.

    Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud: “Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.”
    (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

    Sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang memiliki anak yang soleh yang memberikan balasan kebaikan kepadanya biarpun sesudah meninggal dunia. Anak soleh adalah kebaikan yang tidak putus-putus pahalanya.

    Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang salih yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).

    Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As r.a., bahawa sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda: “Sesungguhnya diantara dosa-dosa besar ialah seseorang itu melaknat (mencaci maki) kedua-dua orang tuanya (ibu bapanya),” lantas ditanyakan kepada baginda: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah seseorang boleh melaknat (mencaci maki) ibu bapanya sendiri?”.

    Lalu Rasulullah SAW menjawab: “Seseorang melaknat (mencaci maki) ibu atau bapa orang lain (kerana sebab-sebab tertentu), maka orang tersebut membalas cacian itu dengan mencaci maki (melaknat) ibu bapa yang mencacinya”.

    Berdasarkan kepada hadis tersebut juga maka dapat disimpulkan bahawa Islam bukan sahaja menjadikan perbuatan menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar, malah perbuatan mencaci maki, laknat melaknat yang menbabitkan mereka juga dikategorikan sebagai dosa besar.

    Caci maki ibu bapa orang lain, serupa mencaci ibu bapa sendiri. Sesorang mungkin tidak menyedari bahawa dengan mencaci maki ibu bapa orang lain juga dikira seolah-olah mencaci ibu bapa sendiri. Itu semua tidak sepatutnya berlaku di kalangan orang-orang yang mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat.

    Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
    “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhan), maka sesungguhnya ia membuat redha Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”
    (Hadis riyawat Imam Bukhari )

    Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
    “ Dosa yang paling besar ialah mensyrikkan Allah , derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang”
    (Hadis riwayat Anas bin Malik)

    Sahabat yang dikasihi,
    Banyak kita mendengar kisah-kisah benar berlaku apabila seseorang menderhaka kepada kedua ibu bapanya maka balasannya akan diterima di dunia lagi secara tunai. Kisah seorang sahabat Nabi s.a.w bernama 'Alaqamah telah menyakiti hati ibunya bila di saat dia nazak dia tidak dapat mengucapkan kalimah syahadah hinggalah ibunya memaafkannya barulah dia boleh mengucapkan kalimah syahadah.

    Kisahnya seperti berikut :
    Pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w , seorang sahabat Rasulullah s.a.w bernama ‘Alaqamah, apabila ajalnya sudah hampir tiba , keluarganya sudah berkumpul dan mereka mengajarkan untuk mengucapkan kalimah “Laa ilaaha illallaah” beberapa kali tetapi sia-sia. Mulut ‘Alaqamah terkunci. Akhirnya mereka sampaikan kepada Rasulullah s.a.w , dan baginda menyuruh beberapa orang sahabat melihat akan hal itu, keadaan ‘Alaqamah tetap seperti itu juga tidak berubah , mulutnya tetap terkunci.

    Nabi s.a.w menyuruh agar membawa ibunya kepada baginda .Setelah tiba ibu ‘Alaqamah ,baginda bertanya mengenai diri ‘Alaqamah, dan ternyata dia agak kecil hati pada anaknya , dan dia tidak mahu mema’afkan kesalahannya.

    Dengan helah Nabi s.a.w mengatakan kepada para sahabat yang ada di sana, supaya mengumpulkan kayu kering, dan tatkala di tanya sahabat apa gunanya, Nabi s.a.w mengatakan untuk pembakaran ‘Alaqamah di hadapan ibunya. Mendengar yang ‘Alaqamah akan di bakar, maka ibunya dengan menangis, mengatakan, agar janganlah anaknya di bakar, dan dia bersaksi kepada Allah dan Muslimin yang ada di majlis itu mengatakan redhalah akan ‘Alaqamah, dan mema’afkan akan dia.

    Setelah itu Nabi s.a.w menyuruh sahabat menjenguknya . Belum sempat mereka mengajarkannya lantas ‘Alaqamah terus mengucapkan kalimah “Laa ilaaha illa llaah” dengan fasih dan lancar , dan dia pun mati dalam kalimah itu.

    Sahabat,
    Hanya mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa saja dua kejahatan yang termasuk di dalam dua dosa besar dan disegerakan balasannya di dunia ini dapat dijauhi. Keran iman yang tertaman dihati ini akan melahirkan jiwa yang taat dan patuh kepada Allah s.w.t. dan menjauhi segala dosa dan larangan daripada Allah s.w.t. Jika kita telah melakukan kesalahan dan dosa segeralah bertaubat kepada Allah s.w.t dan mohonlah ampun kepada kedua ibu bapa sebelum mereka kembali menemui Allah s.w.t dan ketika itu penyesalan tidak berguna lagi.

    Wednesday, March 23, 2011

    Banjir Oh Banjir...pembalasan Akibat Aktiviti Manusia.


    Banjir, ko datang setahun sekali, kadang-kadang dua tiga kali gak ko datang dlm setahun tu. belum citer ttg banjir kilat lg, hujan lebat je, msti ko akn menyusahkn org ramai. skrg musim ko da tiba, kalau la ko dtg tanpa menyusahkn org, xpe la... nk dtg, datang la acap kali pn. ini tak, bkn setakat ko tenggelamkn rumah2, kereta, sawah padi dan macam2 lg tetapi ko jugak meragut nyawa. betul, ini semua ketentuan alam, ujian dari yang maha Esa. kita xleh nk lawan hukum alam. cume bicara disini nk gambarkn betapa ko menyusahkn manusia di muka bumi ini. tengok je bencana banjir di pakistan baru2 ini, DAHSYAT dan MENYEDIHKAN, itulah perkataan yg boleh aku gambarkan angkara banjir yang melanda negara itu. 1/5 negara ditenggelami air dengan berjuta2 mangsa dlm kesusahan, sehinggakan bantuan kemanusiaan sukar utk berikan kerana melibatkan jumlah mangsa yang terlalu besar.

    Di Malaysia, mujurlah ko tidak telalu mengganas tetapi ko tetap membawa bermacam2 masalah. ko rosakkan tanaman padi kami, ko rosakkan rumah2 kami, ko buat anak2 kecil kami dalam bahaya dan ko memerah keringat kami, kerana sesudah ko pergi, ko meninggalkn kotoran pd kami. KEJAM. kadang2 kekuatan ko berubah2, ada masa ko datang membawa kerosakan yang sedikit, ade masa ko datang membawa bencana. kami xleh berbuat2 ape2 untuk menghalang kedatangan ko sbb ko datang atas kehendak Nya, cume kami boleh mengawal sedikit sebanyak kesusahan yang dibawa oleh ko.

    Pada dasarnya, kerakusan manusia jugalah yang menyebabkan ko datang mengganas membawa kerosakan. mengejar kemajuan dalam pelbagai bidang, manusia sangup bertindak rakus terhadap alam persekitaran yang membawa kepada kemusnahan alam sekitar itu sendiri. bukit bukau ditarah untuk pembangunan menyebabkan kurang kawasan tadahan hujan, pembebasan gas rumah hijau yang menyebabkan penipisan lapisan ozon yang membawa kepada pemanasan global, secara xlangsung meningkatkan suhu muka bumi. Mencairkan bongkah2 ais di kawasan kutub sekaligus meningkatkan paras air laut yang boleh menyebabkan perubahan dalam kehidupan manusia. dari mana datangnya gas rumah hijau ini? tentulah dr aktiviti2 manusia seperti peningkatan pengangkutan yg membebaskn gas karbon monoksida, penggunaan CFC utk tujuan pengawalan udara seperti air-cond dan sebagai bahan lengai dlm bekas aerosol, telah menyebabkan pengeluaran gas ini dan gas ini terus meningkat dr hari ke hari.

    Kesimpulannya, kita manusia membawa kepada kemusnahan alam dengan aktiviti2 yang dijalankn, tetapi akhirnya kemusnahan alam yang kita lakukan itu telah membawa kepada berlakunya bencana. jangan salahkn hukum alam, jangan salahkn hujan lebat yang turun, tepuk dada tanya selera. siapakah yang bersalah?

    manusia sendiri yang membawa kepada kemusnahan dunia ini. sebenarnya banyak lagi kerakusan manusia yang membawa kepada kemusnahan bumi ini. Bumi kita binasa kerana perbuatan penghuni2nya